Menurut laporan daripada Berita Harian, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong menjelaskan Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Azlan Shah Al Bakri akan menghantar laporan awal insiden ini kepada Kementerian Pengangkutan esok.
Tambah beliau lagi, punca sebenar insiden ini akan diketahui dalam tempoh dua minggu untuk melihat sama ada ia disebabkan oleh kesilapan sistem atau komunikasi.
"Ini adalah kejadian pertama membabitkan pertembungan tren LRT dalam 23 tahun sejarah operasinya," katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Sekurang-kurangnya 47 orang penumpang dilaporkan cedera parah dalam insiden pelanggan melibatkan dua tren LRT dari arah Gombak dan Kelana Jaya.
Difahamkan, kedua-dua tren itu bertembung kira-kira jam 8.45 malam di antara stesen Kampung Baru dan KLCC.
Sumber: Berita Harian