Puma lancar sneaker Ferrari ION F - inspirasi dari SF90 Stradale, bermula dari RM1,863

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari SF90 Stradale merupakan supercar Ferrari yang memiliki rekaan yang elegan dan berada di dalam kelas yang tersendiri, sehinggakan ia menjadi satu inspirasi buat pengeluar kasut terkenal Puma untuk melancarkan koleksi kasut sneaker terbaharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dinamakan sebagai Ferrari ION F, ia membawakan ciri-ciri elegan dan anggun daripada Ferrari SF90 Stradale, serta mengekalkan penampilan yang sporti.

Seperti contoh, warna merah yang digunakan merupakan warna signatur Prancing Horse, namun pembeli boleh juga mendapatkan warna hitam untuk kasut ini.

 


Sementara itu, panel reflektif TPU pada bahagian belakang dan dibaluti dengan busa PU itu mengambil inspirasi daripada rekaan dinamik spoiler hadapan SF90 Stradale.

Untuk keselesaan, Puma menggunakan bahan berjaring pada bahagian atas kasut diikuti dengan binaan bebenang stokin kaki yang terbina, sementara untuk ciri premium, terdapat buckle magnetik jenis fit-lock yang bertindak sebagai 'tali kasut'.

 


Kasut Ferrari ION F ini boleh didapati di sesetengah kedai Puma dan kedai fizikal Ferrari serta kedai dalam talian dengan harga jualan bermula dari $450 (RM1,863).