Pulsar NS200 Adventure wujud di Turki

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pameran Motosikal Istanbul menjadi lokasi pilihan Bajaj untuk mempamerkan varian terbaharu Pulsar mereka, NS 200 Adventure.

Walaupun ia lebih kepada konsep dengan gandingan aksesori, namun ia nampak gagah dan menarik.

 

 

Antara kelengkapan yang hadir pada varian Adventure ini ialah:

  • Bashplate atau plet besi pelindung bawah enjin
  • Handguard
  • Gril lampu hadapan
  • Rak panniers dan top box
  • Fork braces atau pemegang fork hadapan
  • Flyscreen di atas lampu hadapan
  • Pemegang telefon pintar atau set navigasi


Enjin dikatakan masih sama, 199 cc silinder tunggal yang menghasilkan 23.2 hp dan 18.3 Nm dengan transmisi 6-kelajuan.

 

 

Unit yang dipamerkan di Turki itu menggunakan sistem pancitan bahan api (EFI), sama seperti di Malaysia sementara yang dijual di India masih lagi menggunakan karburetor. 

Tidak pasti kenapa tayar masih dibungkus tetapi yang pasti, Bajaj perlu melihat konsep ini dengan lebih serius kerana genre Adventure Bike atau ADV ini ialah antara genre yang semakin popular.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…
Berita Global
Tidak seperti operasi mereka di Thailand di mana hanya pemasangan sahaja dilakukan, Harley berminat…
Berita Global
Menurut perjanjian tersebut, Bajaj akan mengambil alih hak pengedaran motosikal Triumph di India…