Pullman 1965 milik Menteri Luar China untuk dimiliki - RM1.2 juta di eBay!

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda seorang yang tidak begitu kisah akan wang, dan minat dengan kereta-kereta klasik Mercedes, contoh yang kami bawakan ini mungkin sekali kena dengan jiwa anda, Mercedes 600 Pullman 1965.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laman web eBay, limosin klasik yang disenaraikan ini pernah dimiliki oleh Chen Yi yang menyertai Parti Komunis sebelum menjadi Datuk Bandar Shanghai pada tahun 1949.

Beliau kemudian menjadi Menteri Luar China dan pernah ditampilkan pada muka hadapan majalah Time untuk sebuah artikel berjudul "The Enemy in Asia - Red China's Foreign Minister Chen Yi".

Disebabkan itu, Chen Yi mempunyai sebuah kereta khas yang dibawakan secara terus ke Shanghai ketika beliau tiba di Hong Kong.

 


Namun nasib Chen Yi kurang baik apabila beliau tidak mempunyai masa yang panjang dengan kereta panjang ini sebelum Pullman ini berada di tangan Shanghai Automotive Industry Corporation (SAIC).

Setelah berada di dalam simpanan untuk tempoh masa yang agak lama, jentera Pullman ini akhirnya dijumpai oleh seorang jurutera Jerman yang bekerja untuk Volkswagen Shanghai pada tahun 1990-an, dan dihantar kembali ke Jerman.

Walaupun sudah beberapa kali bertukar tangan, Pullman ini hanya memiliki jarak perbatuan setinggi 21,186 km sahaja, sebelum ia dihantar kembali ke Mercedes-Benz Classic Center di California untuk tujuan servis penuh.

 


Walaupun ia dihasilkan pada tahun 1965, Mercedes 600 Pullman ini mempunyai sistem tekanan hidraulik 150 bar yang digunakan untuk mengoperasikan tingkap, tempat duduk, bumbung suria, boot lid dan mekanisme pembukaan pintu!

Sistem suspensi udara pula digunakan bagi menawarkan kualiti pemanduan yang lebih selesa.

Enjin bentangan V8 6.3 liter digunakan bagi menjana 250 kuasa kuda dan dibantu dengan teknologi pancitan bahan api mekanikal daripada Bosch.

 


Harga untuk sebuah Mercedes 600 Pullman 1965 klasik ini?

$285,000 atau RM1,164,938 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa!

Sumber: eBay