Pulau Pinang sudah terlambat - pakar Hong Kong 

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seorang pakar perancang bandar dari Hong Kong berkata kerajaan Pulau Pinang sudah patut meniru cara Hong Kong dalam sistem pengangkutan awam kerana ia akan menurunkan kadar kenderaan di atas jalanraya.

Profesor Madya Alain Chiaradia dari Universiti Hong Kong berkata kadar penggunaan pengangkutan awam di Hong Kong (HK) sangat tinggi kerana ia mempunyai kadar pemilikan kenderaan yang rendah walaupun jumlah penduduknya sangat tinggi.

Ini adalah bercanggah dengan apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang.

"HK bukanlah model pembangunan bandar yang boleh ditiru oleh negara lain kerana ia mempunyai konfigurasi yang unik dan ekstrem dan sangat berlainan dari bandar-bandar lain di dunia," ujar Alain ketika berucap di Fakulti Perumahan, Bangunan dan Perancangan di Universiti Sains Malaysia minggu lalu.

"Tidak mungkin Pulau Pinang boleh menjadi seperti HK kerana ia sudah terlambat - anda sudah mempunyai lebih dari satu juta buah kenderaan!" terang Alain lagi.

Pulau Pinang mempunyai 1.8 juta penduduk dan 1.1 juta buah kereta (tahun 2017).

Hong Kong mempunyai 7.5 juta penduduk dan hampir 600,000 kereta. 

Alain berkata Pulau Pinang perlu menurunkan jumlah kereta kepada 70,000 buah dan caranya ialah sistem pengangkutan awam.

"Sekiranya MRT atau sistem keretapi terlalu mahal, sistem Bus Rapid Transit sangat sesuai," sambungnya.

Soalan berkaitain HK dan Pulau Pinang dibangkit semasa acara tersebut kerana Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata HK tidak akan maju jika ia mendengar kritikan dan menghentikan projek-projek pembangunan kerana ditimpa bencana.

Chow juga berkata pulau HK itu mempunyai teknologi untuk membina bangunan di cerun dan lereng bukit.

Alain bagaimanapun menidakan kenyataan Ketua Menteri tersebut.

"Hanya 25 peratus pulau HK itu yang digunakan untuk membina bangunan sementara bakinya masih lereng bukit yang tidak disentuh," terang Alain.

Alain juga bertanya adakah Pulau Pinang sanggup membayar kos penjagaan lereng yang tinggi kerana itu yang dilakukan di HK.

"Tidak ada satu pun bandaraya yang patut menggunakan bandaraya HK sebagai model contoh," kata Alain.

"Membandingkan sebuah bandaraya dengan HK ialah seperti membandingkan sesuatu yang tidak ada perbandingan sebenar."

"HK mungkin nbampak sempurna dari jauh tetapi bila anda kaji, ia jauh dari sempurna," Alain berkata sebelum menamatkan perbualan.

Careta berharap Alain dapat meninggalkan Pulau Pinang dengan selamat kerana pastinya telinga Ketua Menteri berdesing apabila pakar menidakkan kenyataan beliau.

* Laporan diolah semula dari FMT.
** Gambar utama dari HungryOnion

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hanya dalam tempoh 10 minit, insiden tersebut melibatkan sebuah van awam, sebuah bas francais dan…
Berita Global
Plat tersebut merupakan salah satu daripada 49 nombor plat untuk direbut pada lelongan oleh jabatan…
Hezeri Samsuri
Bukan rahsia lagi bahawa kerajaan Hong Kong benar-benar mendorong penjualan EV dengan memberikan…