Pulang ke kampung halaman? Ikuti tips waktu perjalanan selamat dari Waze

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tiada yang lebih teruk di jalanan selain daripada tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas ketika sedang memandu untuk pulang ke kampung halaman. 

Apatah lagi apabila anda kini merindukan masakan daripada ibu tercinta, hati anda sudah pun selamat sampai sedangkan jasad anda masih lagi di belakang stereng akibat kesesakan trafik. 

Memilih waktu yang sesuai untuk memulakan perjalanan mungkin kedengaran agak sukar, namun aplikasi navigasi dalam talian Waze kini membantu anda memilih waktu ramalan trafik yang bersesuaian untuk pulang bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi. 

 


Berdasarkan trend yang ditunjukkan oleh para pengguna, Waze telah memberikan beberapa waktu cadangan bagi beberapa bandar utama, termasuklah di ibu negara, Kuala Lumpur, manakala jadual selebihnya boleh dirujuk menerusi galeri gambar di bawah.

Jadi, rancanglah perjalanan anda terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman untuk bertemu sanak saudara, jiran tetangga dan juga rakan seperjuangan dengan Waze, aplikasi navigasi komuniti anda!

Berita Berkenaan

Informasi
Perkembangan terkini, Google berkongsi menyatakan Waze kelak akan memaklumkan berkenaan beberapa…
Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…
Berita Domestik
Menurut laporan Kosmo, remaja itu dikatakan sesat kerana mengikut aplikasi peta Waze untuk pulang…