Pukul rata saman semua ekzos aftermarket - tidak adil

oleh HEZERI SAMSURI|
Kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa penggunaan semua ekzos “aftermarket” (bukan daripada pengeluar asal) adalah salah di sisi undang-undang boleh dilihat sebagai satu tindakan ambil mudah oleh pihak berkuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Malaysiakini, pengubahsuaian kenderaan termasuk ekzos adalah tertakluk kepada Kaedah 9A LN 170/59 - Kaedah-kaedah kenderaan bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 dan setiap modifikasi perlu mendapat kebenaran Ketua Pengarah Bahagian Teknikal JPJ.

Ini memang benar, dan sebarang modifikasi akan dikira haram jika tidak mendapat kebenaran dari JPJ. Namun begitu, ia juga terbuka kepada perbincangan kerana ada komponen aftermarket yang menurut piawain yang ditetapkan.

Kita tidak perlu berdebat banyak dan mencipta undang-undang baharu kerana Malaysia bukanlah satu-satunya negara dengan masalah pencemaran bunyi oleh ekzos-ekzos.

Jika kita bercerita tentang pencemaran bunyi, negara-negara maju seperti Jepun dan Eropah sudah lama mempunyai perundangan berkaitan perkara di atas.

Malah jiran kita Singapura sendiri mempunyai undang-undang yang ketat berkaitan isu-isu yang sama. 

Cuma di negara-negara itu, ekzos-ekzos dipantau dan diuji untuk dua perkara:

  • Kadar bunyi yang dibenarkan
  • Kadar pelepasan gas-gas dari asap kenderaan

Pihak JPJ dan juga PDRM tidak mempunyai alatan dan kepakaran untuk melakukan ujian bunyi di tepi jalan - dan ini mungkin penyebab utama tindakan saman "pukul-rata" ini dilakukan.

Sayangnya, ia tidak begitu adil.

 

 

Ini ialah kerana kita ada ramai yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi membeli ekzos-ekzos yang masih menurut piawaian UN-ECE yang digunapakai oleh JPJ dalam homologasi kenderaan, tetapi mempunyai berat yang lebih ringan, bentuk yang lebih cantik dan penambahan tenaga kepada kenderaan.

Isu ini juga akan menyusahkan pemilik-pemilik yang menggunakan ekzos aftermarket yang ditawarkan sendiri oleh pengilang kenderaan.

BMW Motorrad contohnya, mempunyai pilihan aksesori untuk memasang ekzos jenama Akrapovic kepada model-model mereka. Untuk memastikan waranti dilindungi, kesemua pilihan komponen itu diuji dan dibuat khas mengikut piawaian BMW Motorrad sendiri. Ia menuruti piawaian bunyi dan asap yang sama dengan peralatan standard.

BMW Motorrad juga mempunyai pilihan untuk lampu kabus tambahan, dan ia masih menurut piawaian dan dipasang dengan cara yang betul.

Ducati juga sangat popular dengan aksesori-aksesori tambahan yang menurut piawaian. 

Adakah itu semua masih salah?

 

 

 

Begitu juga isu bagaimana pegawai-pegawai bertugas di dalam sekatan jalanraya hendak tahu bahawa ekzos-ekzos itu sebenarnya memang standard dari pengilang.

Saya memang menyokong penuh jika pengguna dengan ekzos bising itu disaman kerana memang bunyi yang dihasilkan hanya disukai oleh pengguna dan mungkin isterinya sendiri tetapi undang-undang dicipta untuk melindungi kesemua pengguna lain.

Jadi adakah adil jika pengguna-pengguna komponen aftermarket yang menurut piawaian standard kenderaan itu disaman?

Bagaimana pula dengan pengedar-pengedar yang melakukan modifikasi pada ekzos motosikal-motosikal standard agar bunyi menjadi lebih "sedap"?

Bagaimana pula motosikal-motosikal reconditioned" Adakah kita masih mahu mengecualikan standard homologasi kepada kenderaan-kenderaan recond dan menerimanya masuk bulat-bulat? 

Bagaimana pula dengan motosikal-motosikal lama yang memang tidak ada atau sukar mencari alat ganti asli? Adakah boleh dibuang motosikal-motosikal itu kerana mereka terpaksa menggunakan ekzos aftermarket?  Selagi ekzos dibuat daripada logam, ia mempunyai jangkahayat dan undang-undang perlu wujud untuk melindungi pemilik-pemiliknya juga. 


 

 

Sekali lagi saya tegaskan, saya tidak akan menyalahkan pegawai-pegawai pihak berkuasa yang bertugas kerana saya sendiri pernah menjadi pengawas di sekolah rendah dan saya tahu, kita cuma menegakkan undang-undang yang telah wujud.

Apa yang saya harapkan ialah mereka yang berada di atas agar cukup-cukuplah membuat tindakan pukul rata bagi memudahkan urusan mereka sendiri.

Pihak Kementerian Pengangkutan juga perlu bekerjasama dengan kementerian lain agar penjualan komponen-komponen tidak mematuhi piawaian ini diharamkan terus dan penjualnya di denda.

Alasan "pembeli perlu bijak membeli" memang terbukti tidak boleh digunakan kerana iman kebanyakan pembeli memang senipis kulit bawang dan ramai juga yang "langsung tidak tahu" wujudnya undang-undang pencemaran bunyi.

Why reinvent the wheel?

Wallahuallam

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Hasil siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan mangsa melakukan provokasi dengan membunyikan…
Berita Global
Porsche kini menawarkan produk baharu 911 Soundbar 2.0 Pro, di mana ia menampilkan komponen ekzos…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada Bernama, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh…