Pukul anggota polis bertugas Op Selamat, empat mat rempit ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan/gambar dari PDRM Kulai
Polis menahan empat individu kerana dipercayai merusuh dan memukul seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas Op Selamat di Kilometer 7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, pada 23 April lepas.


Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kesemua suspek warga tempatan berusia 23 hingga 39 tahun itu dipercayai terlibat dalam perlumbaan haram, ditahan di sekitar bandar raya ini dan Kulai pada Selasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat anggota terbabit pada hari kejadian pada pukul 3.04 petang.

"Anggota polis berkenaan membuat laporan polis mengatakan dirinya telah dipukul oleh sekumpulan penunggang motosikal ketika menjalankan tugas Op Selamat.

"Hasil siasatan awal keempat-empat individu itu mengaku terlibat dalam kejadian merusuh tersebut dan perlumbaan haram," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati tiga daripada empat suspek berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Kesemua individu itu direman selama empat hari bermula semalam (25 April) dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…
Berita Domestik
Kesemua penunggang motosikal itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 3 pagi yang dijalankan…