Bagi memastikan keberkesanan dan kesiapsiagaan aset ini, pada 25 Mac 2024, Kementerian Pertahanan Malaysia telah melancarkan Program Pelanjutan Hayat (Life Extension Program, LEP) pada 2027 untuk menaik taraf dan memanjangkan jangka hayat kesemua 48 buah kereta kebal ini. Program ini dijangka membolehkan PT-91M terus berkhidmat sehingga tahun 2042.
Selain daripada 48 buah MBT, Malaysia juga memperoleh 15 buah kenderaan sokongan berkaitan. Kesemua aset ini membentuk komponen utama kekuatan armor Tentera Darat Malaysia dalam era moden.
PT-91M Pendekar adalah model asal dari PT-91 Twardy, versi eksport pula dikenali sebagai PT-91E, reka bentuk diambil dari T-72M1. Namun model Malaysia PT-91M (Malaysia) Pendekar telah dinaik taraf apabila kerajaan telah membuat keputusan memilih PT-91 untuk Tentera Darat, antara naik taraf:
PT-91M Pendekar (Malaysia)
- Kru 3 orang (komander, penembak, pemandu)
- Berat ~48 tan
- Senjata Utama Meriam ZTS 2A46MS (Slovakia)
- Senjata Sekunder 7.62 FN MAG + Browning M2
- Enjin S-1000R 12-silinder 1,000 hp diesel
- Kelajuan Maksimum 70 km/j di jalan raya
- Sistem Tembakan Sagem SAVAN-15 FCS (hunter-killer capability)
- Sensor & Optik Thermal sight Sagem, laser rangefinder
- Perisai ERAWA-2 + lapisan komposit + skirt tambahan
- Sistem Navigasi TALIN 5000 GPS/INS
- Ciri Lain Perlindungan Nuklear, Biologi dan Kimia. Sistem komunikasi Thales
PT-91 Twardy (Poland)
- Berat ~45.9 tan
- Kru 3 orang (komander, penembak, pemandu)
- Senjata Utama Meriam 125mm 2A46M (D-81TM) Poland/Russia
- Senjata Sekunder 7.62mm PKT + 12.7mm NSVT
- Enjin S-12U 850 hp diesel
- Kelajuan Maksimum 60–65 km/j
- Sistem Tembakan Drawa-T FCS (dengan thermal sight TES-32)
- Sensor & Optik Thermal sight TES, sistem laser basic
- Perisai ERAWA-1/2 (modular reactive armor)
- Sistem NavigasiINS/GPS ringkas
- Ciri Lain Sistem komunikasi analog
Kelemahan
MBT T-72 dan variannya macam PT-91M memang ada beberapa kelemahan rekaan yang sering jadi topik hangat di kalangan penganalisis pertahanan. Berikut antara isu utama yang selalu dibincangkan:
Ilustrasi digital rangka badan MBT era Soviet termasuk PT-91 boleh dilihat kedudukan amunusi yang disimpan pada bahagian lantai MBT. Inilah punca letupan Turret Popping apabila badan MBT ditembusi peluru dan letupan.
Reka Bentuk Menara Rendah & Auto-loader Berisiko
⦁ Isu: Auto-loader T-72 letak peluru dan cas propelan di bawah turret, sangat dekat dengan kru.
⦁ Akibat: Bila armor turret ditembusi, peluru boleh meletup secara berantai – inilah yang menyebabkan "turret popping" (Turret tercabut terus).
⦁ Masalah ini digelar “jack-in-the-box effect” oleh penganalisis Barat.
Tidak dinafikan Abrams, Leopard 2 dan Challenger 2 yang diberikan kepada Ukraine untuk berperang dilaporkan ada unit berjaya dimusnah dan dilumpuhkan oleh Russia, tidak dinafikan hampir kesemua krew berjaya menyelamatkan diri dan berperang dengan unit MBT yang lain, disini kita melihat betapa bernilai nyawa, masa dan kos melatih krew MBT supaya mahir dan terlatih sangat bernilai untuk reka bentuk MBT Barat.
Berbanding krew MBT Russia dan Ukraine yang menggunakan teknologi MBT Russia eran Soviet lebih mudah terdedah kepada korban dan tercedera apabila berlaku Turret Popping.
Perlindungan Armor Terhad (Asal)
⦁ Model T-72 asal guna steel armor + sedikit composite – tidak cukup menahan serangan senjata moden seperti: ATGM (peluru berpandu anti-armor), Peluru DU (depleted uranium) dan serangan Drone
⦁ Variasi seperti PT-91M ada penambahan ERAWA ERA (explosive reactive armor), tapi masih belum setanding armor reaktif Barat seperti Chobham.
Perbandingan saiz MBT M1 Abrams vs T-72, Kelebihan MBT-72 seperti PT-91M Pendekar kecil, rendah dan ringan akan tetapi jika hendak dinaik taraf lebih moden lebih sukar berbanding M1 Abrams, Challenger 2, Leclerc dan Leopard 2 disebabkan ruang terhad.
Perlindungan Armor Terhad (Asal)
⦁ Reka bentuk padat dan sempit.
⦁ Kru (3 orang saja – tiada loader manual) berisiko keletihan lebih cepat, terutamanya dalam operasi lama.
⦁ MBT Barat macam Leopard, Challenger 2 dan Abrams lebih selesa untuk operasi jangka panjang.
Sukar Naik Taraf Modul Modular
⦁ Reka bentuk T-72 agak lama dan tidak modular – susah nak pasang sistem Barat tanpa ubah besar-besaran.
⦁ Sebab tu upgrade seperti PT-91M masih tak boleh tampung semua teknologi moden.
PT-91U dipasang dengan jaring anti serangan drone Kamikaze
Poland telah membantu Ukraine dengan pelbagai senjata termasuk PT-91U (Ukraine) dengan jumlah keseluruhan dihantar ke Ukraine 60 unit, laporan pada Januari 2025 dilaporkan 11 unit telah berjaya dimusnahkan oleh Russia.
PT-91M Pendekar berhadapan ancaman semasa dan akan datang negara
Jumlah 48 unit PT-91M Pendekar yang dimiliki oleh Tentera Darat Malaysia dianggap tidak mencukupi untuk menghadapi ancaman semasa dan masa hadapan, terutamanya jika dibandingkan dengan kekuatan armor negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.
MBT Leopard 2SG Singapura, perolehan bermula tahun 2014 dari model Leopard 2A4 dengan jumlah tempahan 96 unit (30 dijadikan alat ganti), Singapura juga seperti Malaysia telah ubai suai MBT dengan keperluannya dan dinamakan Leopard 2SG
Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran keselamatan, termasuk:
⦁ Pencerobohan maritim di Laut China Selatan.
⦁ Kegiatan militan di kawasan sempadan Sabah.
⦁ Ketegangan serantau yang melibatkan negara jiran dengan kekuatan armor yang lebih besar.
Walaupun PT-91M Pendekar mempunyai spesifikasi yang baik, jumlahnya yang terhad menjadikannya tidak mencukupi untuk menghadapi ancaman semasa dan masa hadapan secara berkesan. Malaysia perlu mempertimbangkan penambahan jumlah MBT, sama ada melalui pembelian baharu atau kerjasama strategik dengan negara lain, untuk memastikan kesiapsiagaan dan keupayaan pertahanan yang kukuh.
PT-91M dengan corak penyamaran Celoreng Harimau Belang (M94), sebelum ATM menggunakan penyamaran Digital pada tahun 2013.
Pendapat, jumlah penambahan PT-91M untuk ancaman semasa dan akan datang mestilah 60 unit ke 80 unit aktif.
Berapa baki PT-91 Twardy masih di Poland?
Jumlah keseluruhan PT-91 dihasilkan oleh Poland dari tahun 1995-2002 233 unit, PT-91U 60 unit telah di hantar ke Ukraine, 48 unit telah di beli di Malaysia dikenali sebagai PT-91 Pendekar. Dilaporkan berbaki 100 lebih unit PT-91 Twardy masih beroperasi di Poland, jika Tentera Darat Malaysia mahu unit-unit Twardy Poland mesti membuat keputusan segera disebabkan kemungkinan Poland akan menghantar Twardy ke Ukraine. Poland akan mengantikan Twardy ke M1A2 Abrams, Leopard 2 dan K2 Black Panther.
Sumber Gambar: Internet dan BTDM (Berita Tentera Darat)
Penulis: Qalif Latif