PSAS lancar stesen pengecas EV pertama institusi politeknik

oleh Hamimah Hamid|
STESEN pengecas kenderaan elektrik (EV) telah dibangunkan di dalam kawasan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang.

Dengan kapasiti 120kW stesen pengecas EV TNB Electron terbabit adalah yang pertama dibangunkan di institusi politeknik.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr Mohd Zahari Ismail berkata, stesen pengecas terbabit dibuka 24 jam.

Mesin pengecas dlm kampus

"Stesen pengecas pantas dengan dua nozel ini lengkap dengan tempat letak kenderaan EV dan sistem pembayaran mudah alih.

 

"Ia memudahkan bukan sahaja pelajar dan pensyarah, tetapi juga pengguna EV dari laluan utama utara-selatan," katanya.

 

Menurut Mohd Zahari, stesen berteknologi tinggi itu bukan sekadar simbol kemajuan, malah menjadi sebahagian daripada ekosistem latihan EV di bawah inisiatif Polytechnic Centre of Technology Automotive and Manufacturing (POLCAM PSAS). 

Group foto

Jelas beliau, inisiatif terbabit merupakan hasil kerjasama strategik PSAS dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dimeterai sejak 2023.

 

"Kemudahan pengecas EV ini bukan sahaja memanfaatkan warga politeknik dan masyarakat setempat, tetapi juga memperkukuh latihan industri sebenar kepada pelajar dalam bidang automotif.

 

"Ini membuktikan institusi TVET seperti PSAS mampu mengadaptasi teknologi baharu selari dengan keperluan industri masa depan," katanya.