PSA panggil semula pekerja dari kawasan Wuhan

oleh HEZERI SAMSURI|
Kumpulan PSA (Peugeot, Citroen dan DS) akan membawa keluar kakitangan-kakitangan dan keluarga mereka dari kawasan Wuhan di China.

Wuhan ialah pusat kawasan wabak terbaharu yang membunuh itu. 

PSA berkata 38 kakitangan mereka akan dikeluarkan dari Wuhan, dengan bantuan pihak berkuasa China dan konsulat besar Perancis di sana.

Kakitangan-kakitangan terbabit akan melalui proses kuarantin di Changsha sebelum dibenarkan pulang ke negara masing-masing.

Syarikat-syarikat Perancis adalah pelabur besar di kawasan Wuhan. PSA sahaja mempunyai tiga kilang pemasangan di Wuhan di mana ia bekerjasama dengan DongFeng Motor.

Pembekal komponen Perancis, Valeo dan Faurecia juga mempunyai kilang-kilang di bandar Wuhan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebaliknya, fokus utama kali ini adalah penghasilan model baharu Peugeot dan Jeep di fasiliti…
Berita Global
Perubahan itu dijangka berlaku di bawah kepimpinan baharu Antonio Filosa, menggantikan Carlos…
Berita Global
Selaku pembuat kereta keempat terbesar di dunia, menguruskan begitu banyak jenama kereta terbukti…