Laurence Noël menyertai PSA Group pada tahun 1995 dengan memegang beberapa jawatan di bahagian Powertrain Projects and Programmes sebelum mengambil alih bahagian Powertrain, Platform and Modules Programmes pada 2014.
Untuk jawatan terbaru yang bakal berpusat di Kuala Lumpur, beliau ditugaskan untuk memantau dan mempercepatkan pergerakan kumpulan PSA Group di bahagian Asia Tenggara mengikut plan "Push to Pass" yang telah diumumkan pada tahun 2016.
Bulan Februari 2018 menyaksikan perjanjian persefahaman dan usahasama di antara PSA Group dan Naza bagi menjadikan NAM sebagai hub automotif pertama di ASEAN bagi kenderaan di bawah seliaan PSA Group.
Perjanjian yang dimeterai itu memberikan tanggungjawab yang besar kepada Naza sebagai pengedar tunggal bagi kenderaan di bawah jenama Citroen, Peugeot dan DS Automobiles bagi pasaran domestik. Di samping itu, PSA Group juga dikatakan bakal meneroka dan mengenalpasti potensi pasaran hampir 680 juta prospek di negara ASEAN yang sedang membangun.