PSA Group, FCA sah gabung - kini pengeluar kereta keempat terbesar dunia!

oleh Mohamad Hanif|
PSA Group dan Fiat Chrysler Automobiles secara rasmi telah menandatangani perjanjian penggabungan penuh bernilai £144 bilion (RM786 billion), sekaligus menjadi pengeluar automotif keempat terbesar di dunia.

Kedua-dua syarikat tersebut telah pun diberitakan bersetuju dengan cadangan tersebut pada Oktober yang lalu, dan proses gabungan yang bakal memakan masa 12-15 bulan ini bakal menyaksikan sebuah syarikat baharu dengan kepemimpinan, sumber dan skala untuk menjadi perintis era baharu mobiliti termampan. 

Fokus utama akan diberikan kepada pembangunan platfom kenderaan, keluarga enjin dan teknologi baharu dan tiada sebarang penutupan fasiiti akan dibuat. 

Walaupun tiada sebarang butiran lanjut diumumkan, PSA-FCA telah mengesahkan dua pertiga daripada produksi akan difokuskan kepada dua platform - berkemungkinan besar platform CMP dan LMA2 yang berkeupayaan untuk menghasilkan produk dengan trenkuasa enjin konvensional, hibrid dan elektrik sepenuh masa. 
 


Syarikat gabungan tersebut akan turut merangkumi beberapa jenama automotif berprofil tinggi di mana PSA Group memiliki Citroen, DS, Peugeot, dan Vauxhall-Opel, manakala FCA pula terdiri daripada Alfa Romeo, Chrysler, Fiat, Dodge, Jeep, Lancia, Maserati dan Ram. 

Selain daripada memperkukuhkan pasaran utama di Eropah, Amerika Utara dan Amerika Latin, PSA-FCA akan turut merangka semula strategi di pasaran lain, walaupun ketika ini sedang bergelut untuk menguasai pasaran China. 

Perjanjian gabungan tersebut antara lain turut membenarkan pelaburan di dalam solusi mobiliti dan teknologi termaju, termasuklah kenderaan elektrik dan sistem swapandu. 

Dari segi pengurusan, ia akan ditadbir oleh firma baharu di mana Carlos Tavares yang kini mengetuai PSA akan bertugas sebagai Group CEO dan dibantu oleh Johan Elkann sebagai Pengerusi Kumpulan. 

Sumber: AutoCar UK

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Kontrak yang disahkan oleh United Auto Workers pada tahun lalu bersama FCA itu memerlukan pengeluar…
Berita Global
Menerusi kerjasama baharu itu, FCA akan memegang kira-kira 50 peratus saham manakala Foxconn pula…
Berita Global
Menurut satu laporan daripada CarScoops, FCA telah didenda sebanyak $40 juta (RM168 juta) oleh…