PRU15: Malaysia Airlines tawar diskaun tambang 20 peratus

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan Pilihanraya Umum ke-15, Malaysia Airlines bakal menawarkan diskaun 20 peratus bagi memudahkan pergerakan rakyat Malaysia pulang mengundi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kempen terbaharu 'Jom Balik Mengundi' bermula 20 Oktober hingga 19 November, rakyat Malaysia boleh menggunakannya untuk pulang dari 11 November hingga 27 November.

Selain menambah 26 penerbangan, MAB juga akan menaiktaraf 16 penerbangan domestik menggunakan pesawat badan lebar A330 bagi menampung peningkatan permintaan terhadap beberapa laluan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Diskaun 20 peratus itu terpakai untuk semua kategori (Lite, Basic dan Flex untuk kelas Ekonomi, Basic dan Flex untuk kelas Perniagaan) dan boleh didapati menerusi laman web www.malaysiaairlines.com.

Sementara itu, Firefly Airlines akan menambah sehingga 70 penerbangan dari Subang dan Pulau Pinang untuk laluan domestik terpilih bermula 17 November hingga 20 November, dengan diskaun 24 peratus untuk penerbangan jet dan 10 peratus untuk penerbangan ATR.

Promosi Firefly ini tersedia bermula hari ini (20 Oktoiber) hingga 24 Oktober untuk perjalanan dari 1 November hingga 30 Jun 2023.

Para pelanggan MASwings yang membuat perjalanan dari Miri ke Mulu, Sandakan ke Lahad Datu, dan Bintulu ke Sibu boleh menempah tiket penerbangan bermula dari RM135 untuk tambang sehala semua-dalam-satu.

Sumber: The Star

 

Berita Berkenaan

Informasi
  “Pihak pengurusan feri mengambil inisiatif membantu kerajaan untuk memudahkan orang ramai pulang…
Informasi
  Prasarana dalam satu kenyataan berkata, tambang percuma ini meliputi perkhidmatan Rapid KL,…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, PLUS mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk Lebuhraya…