Prototaip Triumph TE-1, hanya perlu 6.2 saat untuk pecut 0-161 km/j!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Triumph TE-1
Triumph TE-1
Sebelum ini kami pernah menerbitkan artikel tentang motosikal prototaip Triumph TE-1 yang dikuasakan tenaga elektrik.

Cumanya motosikal itu belum diuji secara langsung di litar dan beberapa butiran prestasi tidak boleh disahkan lagi.

Sekarang baru boleh setelah tamatnya projek pembangunan secara rasmi.

Sebagai imbasan, TE-1 adalah projek usahasama di antara Triumph Motorcycles, Williams Advanced Engineering (WAE), Integral Powertrain Ltd dan WMG di Universiti Warwick.

Projek ini dibiayai oleh kerajaan United Kingdom melalui Office for Zero Emission Vehicles di bawah program Innovate UK.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Triumph TE-1

 

Setelah selesai diuji apakah hasilnya? 

Kuasa puncak 130 kW (175bhp) dengan daya pecutan 0-97 km/j hanya memerlukan 3.6 saat manakala 0-161 km/j dalam masa 6.2 saat.

Tempoh pengecasan 0-80 peratus dalam masa 20 minit menggunakan pengecas pantas.

Berat motosikal pula 220 kg atau sehingga 25 peratus lebih ringan berbanding motosikal elektrik setara.

 

Triumph TE-1

 

Dengan fasa keempat telah pun selesai, ujian langsung Triumph TE-1 menunjukkan prototaip ini melebihi jangkaan dan berjaya mencapai kesemua objektif yang ditetapkan.

Selain itu, jarak gerak motosikal ini ialah 161 km berdasarkan ujian rasmi dan unjuran. Turut teruji ialah fungsi pembrekan jana semula (regenerative braking).

Apa pula selepas ini?

Segala kepakaran dan keupayaan yang dibangunkan dari projek ini dilihat membuka jalan kepada masa depan elektrik oleh Triumph Motorcycles.

Adakah kita bakal menyaksikan persaingan di dalam motosikal elektrik berkuasa tinggi pula? Untuk makluman, Ducati juga telah menyiapkan motosikal prototaip untuk MotoE.

 

Triumph TE-1

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Projek TE-1 dibiayai oleh kerajaan United Kingdom melalui Office for Zero Emission Vehicles di…