Prototaip SUV Aston Martin DBX diuji di laluan ralli Welsh

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Lamborghini, Aston Martin juga nampaknya sedang membangunkan SUV premium mereka, namun ujian terhadap prototaip SUV pertama mereka dilihat sedikit berbeza berbanding tipikal ujian yang kita lihat selama ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menariknya, prototaip Aston Martin DBX dilihat sedang diuji di laluan Welsh rally stage, dengan bantuan ketua jurutera Matt Becker mengemudi jentera tersebut. 

Matt Becker mencurahkan segala pengetahuan yang beliau ada dalam membangunkan jentera Series 2 Elise dan Evora ketika berkhidmat dengan Lotus sebelum ini ke dalam pembangunan DBX. 
 


Berdasarkan rakaman video yang diterbitkan, nampaknya batu kerikil, lumpur serta pecutan berkelajuan tinggi dalam laluan off-road menjadi 'makanan' rutin untuk Aston Martin DBX ini dalam usaha memberikan sebuah SUV prestasi yang terbaik. 

Bukan sekadar laluan ralli Welsh semata-mata, pasukan pembangun DBX ini bakal menguji SUV ini di laluan bersalji dan ais di Arctic, ujian di gurun Timur Tengah, serta tidak lain dan tidak bukan litar Neraka Hijau di Nurburgring.
 


Aston Martin tidak mendedahkan sebarang spesifikasi lanjut berkenaan DBX ini, maka sementara menunggu penghujung 2019 tiba, kita saksikan sedutan aksi SUV ini beraksi di laluan ralli Welsh. 
 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…
Sukan Bermotor
Aston Martin Vantage GT3 ini merupakan produk yang pertama dibawah kerjasama antara Aston Martin…