Prototaip Rimac C_Two jalani ujian di Litar Nardo

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Rimac C_Two - model kedua pengeluar Croatia selepas C One - telah pun diperkenalkan kepada umum beberapa tahun yang lalu, namun Rimac masih lagi sedang menguji jentera hypercar tersebut sebelum ia menemui pemilik masing-masing.

Berdasarkan foto rasmi yang diterbitkan oleh Rimac, mereka sedang menguji model prototaip C_Two di Pusat Teknikal Nardo, sebuah fasiliti pengujian yang dimiliki oleh Porsche. 

Difahamkan, Rimac sedang bekerja keras menguji dan menambah baik aspek dinamik pemanduan, pengendalian, sistem gantungan, serta tetapan tayar yang bakal digunakan pada C_Two. 
 


Memandangkan Rimac C_Two bakal memasuki produksi dalam masa terdekat dan penghantaran kepada pembeli bermula pada akhir 2021, sudah pasti Rimac mengambil masa tersendiri bagi memastikan jentera ini benar-benar sempurna. 

Atas kertas, Rimac C_Two memiliki konfigurasi empat motor elektrik yang mampu mengekstrak output berjumlah 1,888 kuasa kuda dan daya kilas 2,299 Nm. 

Dengan angka tersebut, tidak menghairankan sekiranya Rimac C_Two ini mampu lesap dalam masa 1.85 saat untuk pecutan 0-96 km/j.
 


Pek bateri berkapasiti 120 kWh yang dipasang pada hypercar ini membolehkan ia mencapai jarak operasi sifar emisi sejauuh 650 km sebelum ia perlu menziarahi pusat pengecasan untuk dicaj semula. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
  Usaha beliau menarik perhatian syarikat besar dengan Porsche mengumumkan pemilikan pegangan…
Berita Global
Hasil kerjasama yang menarik antara Aston Martin bersama Red Bull Advanced Technologies, Cosworth,…
Berita Global
Menurut CEO Mate Rimac yang kekal sebagai pemegang utama pegangan di dalam syarikat tersebut…