Prototaip MINI John Cooper Works GP panas enjin di Nürburgring, kuasa lebih 300 hp

oleh Muhammad Md Tajudin|
MINI Cooper walaupun nampak kecil comel jangan diacah kuasanya terutama sekali model edisi khas. Model MINI terbaru juga bukan bersaiz kecil seperti dahulu lagi, banyak varian dengan pelbagai saiz telah dikeluarkan dalam memenuhi selera pelanggan.

Satu varian yang mempunyai kuasa ekstrem ialah MINI John Cooper Works GP. Model generasi pertama diperkenalkan pada 2013 dengan output kuasa 218 hp dan hanya ditawarkan sebanyak 2,000 unit sahaja.

Di antara keistimewaannya ialah transmisi enam kelajuan manual, kerusi RECARO, brek Brembo® daripada BMW 135i, suspensi boleh laras dan hanya boleh dinaiki oleh dua orang sahaja oleh kerana tiada kerusi belakang dipasangkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
MINI John Cooper Works GP

 

MINI sekarang sedang membangunkan John Cooper Works GP dengan kuasa lebih ekstrem iaitu lebih daripada 300 hp yang dibekalkan oleh enjin dengan MINI TwinPower Turbo Technology.

Model prototaip ini telah dipertontonkan kepada orang ramai semasa acara pra perlumbaan 24 Jam Nürburgring tempoh hari.

Selain program pratonton, MINI John Cooper Works GP sedang melalui fasa ujian di Nürburgring yang merupakan sebahagian daripada proses pembangunan.

Walaupun masih belum siap sepenuhnya masa yang dicatatkan sudah berjaya memintas rekod model generasi pertama dengan hampir setengah minit.

 

MINI John Cooper Works GP

 

Masa yang dicatatkan model generasi pertama ialah 8:23 minit manakala catatan model prototaip terbaru pula di bawah lapan minit dan program pengujian ini sebenarnya belum pun selesai.

Meski dibalut dengan pelekat, model ini tampak garang dengan kit ekstra pada arka roda yang berupa sirip dan spoiler belakang tinggi. Kelihatan dengan jelas ini adalah model hardcore yang rupanya sahaja sudah memberitahu jangan suka-suka hendak provokasi dari belakang..

MINI John Cooper Works GP akan ditawarkan kepada pasaran pada 2020 dengan keluaran terhad sebanyak 3,000 unit sahaja

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sebanyak 10 unit sahaja ditawarkan untuk pasaran Malaysia, MINI John Cooper Works GP ini hadir…