Prototaip Lancer Evo VI dibuka untuk bidaan, berapa harga agaknya?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mitsubishi Lancer Evolution VI
Mitsubishi Lancer Evolution VI
Car & Classic, portal bidaan yang membawakan kereta klasik dan niche sekali lagi menawarkan model hebat dari Jepun.

Kali ini sebuah prototaip (pra pengeluaran) Mitsubishi Lancer Evolution VI.

Satu daripada tujuh buah prototaip Evo VI dikeluarkan oleh Mitsubishi Ralliart dan digunakan media Jepun dan hanya satu daripada dua buah yang dibenarkan untuk dieksport keluar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi Lancer Evolution VI

 

Bagaimana unit ini boleh mendarat di United Kingdom?

Pemiliknya membeli secara terus daripada Mitsubishi dengan jarak pemanduan sekitar 2,000 batu (3,218 km) dan dihantar ke UK pada tahun 1999.

Kereta ini mempunyai syarat atau veto iaitu tidak boleh dipandu di jalan raya awam di Jepun.

 

Mitsubishi Lancer Evolution VI

 

Dari segi keadaan, kepala silinder enjin 4G63 turbo telah dibina semula (rebuild) pada tahun 2014. Lagi komponen yang dibina semula ialah brek dan pam pembeza (diiferential).

Roda OZ diperbaharui (refurbished) pada tahun 2018 dan dibalut tayar Toyo Proxes.

Selain itu, pemilik baharu perlu memberi perhatian kepada beberapa komponen yang mempunyai karat seperti rel casis belakang, panel depan dan lantai but.

 

Mitsubishi Lancer Evolution VI

 

Usah risau kerana kereta ini dibekalkan sekali rel casis dan panel depan gantian OEM yang mana mustahil untuk mendapatkannya secara baharu daripada Mitsubishi.

Pada bahagian dalam, komponen asli masih kekal seperti kerusi Recaro, stereng balutan kulit Momo, tombol gear dan alas kaki.

Cumanya set stereo telah dinaiktaraf dan bukan lagi asli.

 

Mitsubishi Lancer Evolution VI

 

Berapa agaknya harga Evo VI ini? Bukan model TME, namun yang menjadikannya istimewa ialah status prototaip dari Jepun.

Sesi bidaan Car & Classic bermula pada 15 Mei dan berlangsung selama tujuh hari.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mitsubishi Lancer Evolution VI