Prototaip kereta terbang Malaysia di LIMA'19!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Setelah menerima pelbagai maklum balas berbaur positif dan tidak kurang dipersendakan beberapa pihak dengan idea keperluan negara membangunkan kereta terbang, akhirnya Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof membuktikan ia mampu direalisasikan.

Kesungguhan beliau itu dibuktikan apabila menampilkan prototype air mobility dikenali sebagai Vector yang merupakan hasil rekaan syarikat tempatan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Langkawi semalam.

Ia dibangunkan secara design dan engineering oleh Aerodyne Sdn. Bhd. yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian berintegrasi berasaskan dron.

“Reka bentuk Vector yang dibangunkan khas ini dilihat bakal menjadi penanda aras dalam pembangunan ‘aerocar’ (kereta terbang) pada masa hadapan.


 


“Ini sedikit sebanyak menyuntik semangat syarikat tempatan untuk bersaing dalam pasaran teknologi antarabangsa selain membuktikan anak tempatan juga boleh berjaya dan bersaing di peringkat antarabangsa,” kata beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Wan kepada Utusan Malaysia hari ini.

Malah usaha Pak Wan itu mendapat maklum balas positif daripada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hadir melihat sendiri ‘prototype air mobility’ yang terletak di Pavilion Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) pada pameran LIMA tersebut.

Perdana Menteri yang diiringi oleh Pak Wan meluangkan masa lebih 20 minit di Pavilion MED yang turut menempatkan 12 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam bidang pembuatan industri dan aeroangkasa - UTUSAN MALAYSIA

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia beberapa minggu sebelum syarikat itu tersenarai Nasdaq yang menjadikan pesawat pembawa penumpang…
Berita Global
eHang ialah pengeluar pertama yang dibenarkan menawarkan perkhidmatan teksi terbang di China.…
Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…