Prototaip kereta terbang AirCar berjaya lengkapkan penerbangan antara dua lapangan terbang

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah prototaip kereta terbang sebenar telah pun berjaya menamatkan penerbangan selama 35 minit di antara lapangan terbang antarabangsa Nitra dan Bratislava, Slovakia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

AirCar merupakan sebuah kereta terbang yang dibangunkan oleh syarikat Klein Vision dan ia dilengkapi dengan sebuah enjin BMW (tidak dinyatakan sesarannya) menghasilkan 300 kuasa kuda.

AirCar dikatakan mampu terbang sepantas 170 km/j sejauh 1,000 km pada ketinggian altitud 2,500 meter dan menurut penciptanya Prof. Stefan Klein, kereta hibrid pesawat itu sudah pun mencatatkan masa penerbangan sebanyak 40 jam.

 


Untuk bertukar daripada sebuah kereta menjadi pesawat, AirCar hanya memerlukan masa sekitar dua minit 15 saat sahaja.

Namun, disebabkan ia tidak seperti teksi dron, AirCar tidak mampu untuk terbang dan mendarat secara menegak, sebaliknya memerlukan landasan seperti kapal terbang biasa.

Prototaip ini dikatakan mengambil masa dua tahun untuk dibangunkan dengan kos pelaburan kurang dari £1.7 juta (RM9.76 juta).

Menurut Anton Rajac, penasihat dan pelabur di dalam Klein Vision menjelaskan, "terdapat sehingga 40,000 tempahan untuk pesawat  di pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan sekiranya kami berjaya menukarkan peratusan kecil daripada pesawat kepada kereta terbang, kami akan mempunyai pasaran yang besar.

 

Sumber: BBC