Prototaip kereta nasional bakal muncul di Malaysia Autoshow Julai nanti

oleh Mohamad Hanif|
Projek Kereta Nasional Ketiga (NNCP) akan tetap diteruskan walaupun kerajaan sudah bertukar tampuk pimpinan, menurut kenyataan yang dibuat oleh CEO MARii, Datuk Madani Sahari.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tambahnya lagi, projek yang dikendalikan oleh syarikat DreamEdge itu tidak akan dihentikan memandangkan kerajaan tidak terlibat secara langsung, apatah lagi membiayai projek tersebut seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini. 

"Selagi pelabur swasta mahu meneruskan projek ini, ia akan tetap diteruskan, dan berdasarkan apa yang kami tahu, tiada sebarang berita yang menunjukkan projek ini akan dihentikan," ujar beliau. 

DreamEdge dikhabarkan akan memperlihatkan secara rasmi prototaip kereta baharu pada acara Malaysia Autoshow yang dijadualkan berlangsung pada April ini. 

Namun, ia ditangguhkan buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga berikutan wabak coronavirus yang masih belum reda buat masa ini. 

 


Projek NNCP ini asalnya merupakan idea daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan sebuah lagi syarikat kenderaan nasional baharu sebelum DreamEdge diumumkan sebagai syarikat peneraju pada Ogos bulan lalu. 

Model pertama - dikhabarkan merupakan sebuah sedan segmen B+ telah pun diperlihatkan buat kali pertama pada acara pengumuman Dasar Automotif Nasional (NAP 2020) bulan lalu. 

Menurut informasi, DreamEdge menjanjikan kereta pertama mereka mempunyai rekaan yang moden dan futuristik, pemanduan yang menyeronokkan, pengendalian yang baik serta mempunyai sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS). 

Aspek pembangunan platform kenderaan dan trenkuasa pula akan diketuai oleh rakan teknologi, Daihatsu. 

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan gambar intip yang diperoleh daripada Autocar, unit prototaip Audi A6 Avant e-tron itu…
Berita Domestik
Menurut hantaran Facebook beliau, lawatan ke kilang Daihatsu itu bertujuan untuk melihat kilang…
Berita Global
Dikenali dengan kod nama Type 133, sedan elektrik itu dikesan sedang diuji di utara Sweden yang…