Sistem e-Corner merupakan modul pakej semua-dalam-satu merangkumi brake by wire, steer by wire, peredam dan motor dalam roda, dipasang pada setiap roda.
Sistem e-Corner telah membuat penampilan pertamanya di jalan awam untuk menunjukkan beberapa fungsi menarik, seperti parkir selari di ruang sempit hanya dengan melaraskan sudut roda, dan mengundur dengan membuat pusingan 180 darjah.
Dalam klip video yang dikongsikan, sistem e-Corner itu pamerkan aksi mod jalan ketam membolehkan kesemua tayar bebas diputarkan sehingga 90 darjah untuk tahap kebolehgerakan yang lebih meluas di tempat sempit.
Prototaip Hyundai Ioniq 5 itu turut melakukan aksi "zero turn" di mana roda hadapan berputar di dalam dan roda belakang berputar ke luar untuk membolehkan pusingan 360 darjah.

Ciri tersebut membolehkan pemandu mudah membelok arah kenderaan dalam ruang terhad dengan yang pergerakan minimum.
Selain itu, ia turut menunjukkan aksi "pemandu pepenjuru," dimana keempat-empat roda berpusing ke arah yang sama pada sudut 45 darjah, bagi membantu mengelakkan halangan atau kenderaan di jalan raya dengan lancar.
Akhir sekali, aksi "pusingan pangsi" atau "pivot turn" membolehkan pemandu memilih mana-mana titik untuk gandar tengah bagi memusingkan kenderaan dengan mudah, seperti melukis bulatan menggunakan kompas.
Menurut Hyundai Mobis, sistem e-Corner merupakan "teknologi mobiliti utama untuk elektrifikasi dan pemanduan autonomi."
Hyundai Mobis kini sedang membangunkan pelbagai komponen penting, bukan sahaja untuk stereng dan brek, tetapi juga sambungan dan elektrifikasi, dengan rancangan untuk menyatukannya sebagai sistem terbaik.