Prototaip Bugatti €5 juta dikesan sedang diuji di litar Nurburgring

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu, Bugatti telah mengumumkan model keluaran terhad yang dikhususkan untuk litar, iaitu Bugatti Divo dan kini sebuah prototaip misteri telah dikesan sedang diuji di litar Nurburgring.

Seperti mana yang kita tahu, Divo merupakan model yang menggunakan asas daripada Chiron dan gambar yang diberikan melalui Instagram DCNCars menunjukkan prototaip tersebut hampir serupa dengan Chiron. 

 


Apa yang membezakan kedua model tersebut ialah kehadiran lampu dengan rekaan yang berbeza serta set lampu belakang yang sedikit pelik. 

Menurut laporan daripada Bugatti, selain daripada perubahan rekaan yang dikemaskini, Divo bakal mengalami program diet pengurangan berat berbanding Chiron serta dinamik pengendalian yang lebih jitu. 

 

 

Bugatti hanya akan memproduksikan Divo di dalam unit terhad sebanyak 40 buah sahaja dan setiap unit akan dijual pada harga yang agak mahal, sekitar €5 juta sahaja tidak termasuk cukai pendaftaran di Eropah. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
  Namun begitu ia terbukti sudah mencukupi kerana Bugatti sudah menerima 500 tempahan pada Rabu…
Berita Global
Dalam cubaan terbaharu yang dilakukan oleh Bugatti pada 2 Ogos yang lalu, hypercar Chiron yang…
Berita Global
Sasha Selipanov, seorang graduan dari Art Centrer College of Design di Pasadena, California…