Proton X90 terbakar - Punca kebakaran masih disiasat, bateri hibrid tidak meletup

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Seperti kita sedia maklum, kebakaran melibatkan kenderaan elektrik (EV) atau hibrid sentiasa menjadi kerisauan para pengguna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini kerana kebakaran dari sebuah EV bukanlah suatu kerja mudah untuk bomba memadamkannya, disebabkan oleh sel-sel bateri yang mudah terbakar.

Kerisauan itu pastinya mempengaruhi pengguna di seluruh dunia dan di Malaysia tentang tanggapan negatif itu terhadap EV dan hibrid.

 

2

 

Sama seperti kejadian baru-baru ini melibatkan kebakaran sebuah Proton  X90, di mana kebanyakan orang dengan mudah beranggapan bahawa kebakaran berpunca dari sistem hibridnya.

Menurut laporan awal, tiada sebarang letupan pada bateri sistem hibrid ringan itu, jadi kemungkinan besar kebakaran itu bukanlah berpunca dari sistem hibrid.

Seperti yang kita tahu, Proton X90 merupakan NEV pertama Proton yang menggunakan trenkuasa hibrid ringan iaitu sistem EMS 48 V.

 

3

 

Sistem EMS 48 V itu terdiri daripada enjin 1.5 L TGDi, motor elektrik Belt-Starter Generator (BSG) 48 V, Bateri Lithium-ion 48 V, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Brek Pemulihan dan juga Sistem Kawalan Modul Hibrid.

Dalam kejadian terbaharu melibatkan X90 itu, punca kebakaran masih belum disahkan. Jadi orang ramai seharusnya tidak menimbulkan spekulasi negatif dan tunggu kenyataan rasmi dari Proton.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara tersebut dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Rakyat Bangladesh, Haznah Md…
Berita Domestik
Selain itu, turut menerima kurniaan kereta daripada Seri Paduka Baginda ialah bekas Datuk Pengelola…
Berita Domestik
Rakan media Funtasticko telah berjaya menemukan pendaftaran tanda dagang "Proton X80" menerusi…