Pelancaran model SUV baharu, Proton X90 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC)
Ditawarkan dengan 4 varian, harga bagi SUV terbaharu dari Proton itu bermula dari RM123,800 untuk varian Standard, RM130,800 untuk varian Executive, RM144,800 untuk varian Premium, dan RM152,800 untuk varian Flagship.
Proton X90 menjadi model pertama dari Proton yang menggunakan trenkuasa hibrid ringan iaitu sistem EMS 48 V, dimana kesemua varian menerima pilihan trenkuasa yang sama.
Sistem EMS 48 V itu terdiri daripada enjin 1.5 L TGDi, motor elektrik Belt-Starter Generator (BSG) 48 V, Bateri Lithium-ion 48 V, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Brek Pemulihan dan juga Sistem Kawalan Modul Hibrid.
Secara keseluruhan, gabungan trenkuasa itu mampu menghasilkan 190 PS dan 300 Nm, di mana sistem EMS 48V membantu menyediakan kuasa tambahan sebanyak 13 PS dan 45 Nm, sekaligus memberikan lebih penjimatan bahan api.
Trenkuasa kuasa itu dipadankan dengan transmisi automatik jenis klac berkembar tujuh kelajuan yang telah dioptimasikan untuk pengalaman pemanduan yang lebih dinamik.
Berikut merupakan spesifikasi dan ciri tambahan mengikut varian:
1) Varian Standard (RM123,800)
- Enjin 1.5L TGDi Mild-Hybrid menghasilkan 187 HP dan 300 Nm
- Transmisi klac berkembar tujuh kelajuan
- Lampu hadapan LED penuh
- Rim aloi 18 inci
- 3 baris 7 tempat duduk
- Tempat duduk dibaluti fabrik
- Unit infotainment 12.3 inci
- Kamera undur
2) Varian Executive (RM130,800)
tambahan kepada spesifikasi di atas
- Sistem pemantauan tekanan tayar
- But kuasa
- Tempat duduk kuasa (bahagian pemandu)
- Tempat duduk dibaluti kulit
- Tempat duduk hadapan berventilasi
- Kamera 360 darjah dengan paparan 3D
3) Varian Premium (RM144,800)
tambahan kepada spesifikasi di atas
- Sistem Advanced Driver Assistance System (ADAS)
- Rim aloi 19 inci
- Tempat duduk dibaluti kulit Nappa
- Tempat duduk kuasa (bahagian penumpang)
- Pengecas tanpa wayar
- Bantuan parkir auto
4) Varian Flagship (RM152,800)
tambahan kepada spesifikasi di atas
- 3 baris 6 tempat duduk
- Bumbung matahari panaromik
- Suis "Boss" tempat duduk penumpang hadapan
- Tempat duduk kaptain barisan kedua
Dari segi pilihan warna, X90 ditawarkan dengan 6 pilihan warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown, Ruby Red, Marine Blue.
Untuk pilihan warna Cinnamon Brown dan Ruby Red ia ditawarkan bermula dari varian Executive, manakala untuk warna Marine Blue ia ditawarkan bermula dari varian Premium.
X90 ditawarkan dengan pakej standard 5 tahun waranti dengan jarak tanpa had, 5 tahun pakej data (1GB / sebulan), 6 kali percuma perkhidmatan buruh, kadar faedah serendah 2.1 peratus dan Program Insuran Proton.
Bagi 4,000 tempahan terawal juga, Proton menawarkan 5 tahun data tambahan (4GB / sebulan), Proton X-Watch berharga RM1,499, Pakej aksesori bernilai RM779, naik taraf Program Insuran Proton.