Proton X90 debut di 3 pasaran eksport - Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Selain kejayaan jualan domestik, pertumbuhan jualan eksport di pasaran antarabangsa juga merupakan salah satu tonggak utama bagi matlamat jangka panjang Proton.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan volum yang berkembang pesat pada tahun 2022 (5,406 unit) dengan 79 peratus peningkatan berbanding tahun sebelumnya, Proton berharap untuk mengekalkan rentak pertumbuhan yang sama untuk tahun 2023.

Bagaimanapun, tahun 2023 dilihat agak mencabar disebabkan oleh faktor luaran yang mempengaruhi ekonomi global dan melembapkan potensi jualan Proton dalam beberapa pasaran eksport utama.

 

3

 

Walaupun menghadapi cabaran, Proton tetap teguh dalam keazamannya untuk meluaskan jangkauan di luar sempadan Malaysia.

Bulan Ogos merupakan salah satu contoh apabila model terbaharu dan NEV pertama Proton, Proton X90, telah dilancarkan di tiga pasaran eksport.

Mauritius merupakan pasaran eksport pertama yang telah  menerima X90, di mana ia diperkenalkan pada 4 Ogos di Le Salon de L' Automobile, SVICC, Pailles.

 

2

 

Ia kemudiannya iikuti dengan pasaran Afrika Selatan ketika Proton Afrika Selatan telah mempamerkan Proton X90 di Festival Permotoran di Litar Grand Prix Kyalami dari 25 hingga 27 Ogos.

Pada hari yang sama, Proton Brunei turut melancarkan Proton X90 di majlis pelancaran besar-besaran yang dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Dato' Raja Reza bin Raja Zaib Shah dan Tan Kah Boon, Pengerusi pengimport dan pengedar Proton, Pad dan Econ Motors.

Menariknya, populariti model Proton telah melonjak di Brunei dalam beberapa bulan kebelakangan ini di mana ia berjaya mencapai paras tertinggi dalam sejarah.

 

4

 

Kumpulan pertama unit Proton X90 telah dijual dengan pantas, di samping model lain turut menyumbang jualan dalam pasaran dengan anggaran Jumlah Volume Industri (TIV) tahunan sebanyak 13,000 unit.

Untuk bulan Ogos, jualan kenderaan Proton di Brunei mencecah paras tiga angka buat kali pertama apabila 100 unit telah didaftarkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…