Proton X70 terhumban ke bawah jambatan lebuh raya, anak maut

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Seorang wanita maut apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki bersama ibu bapanya hilang kawalan sebelum terjatuh ke bawah jambatan di Kilometer 313.3 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, dekat sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa, V K Yuvabarathi, 24, penumpang di bahagian penumpang belakang SUV terbabit meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.


Bapanya, V V Kunalan , 59, yang memandu SUV itu cedera di bahagian dada dan ibunya, M Nirmala Devi, 56, yang berada di bahagian penumpang hadapan pula parah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa bersama ibu bapanya dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Kedah.

 

Katanya, tiba di tempat kejadian, SUV itu hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri jalan sebelum terhumban ke bawah jambatan.

 

"Akibatnya, bapa mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian dada dan ibunya pula parah di bahagian kepala dan di hantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

 

"Anaknya itu yang tinggal bersama ibu bapanya di Taman Bukit Indah, Johor Bahru pula disahkan meninggal dunia 3.35 petang ketika mendapat rawatan di HRPB," katanya dalam satu kenyataan media.

 

Wan Azharuddin berkata akibat kejadian, SUV berwarna kelabu yang dinaiki oleh tiga beranak itu rosak keseluruhan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal…