Proton X70 SE 2021 - 2,000 unit sahaja, harga dari RM123,800

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar automotif negara, Proton akhirnya secara rasmi melancarkan model SUV edisi terhad Proton X70 SE setelah beberapa gambar teaser didedahkan serta gambar yang terbocor lebih awal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika dibandingkan dengan varian-varian yang ditawarkan sebelum ini, Proton X70 SE ditawarkan dengan layangan warna dua tona, di mana terdapat warna baharu Ocean Blue (atau Ruby Red) dengan kemasan hitam pada bumbung, cermin sisi, serta spoiler belakang.

 


Emblem SE turut ditampal bagi memberitahu rakyat Malaysia, namun elemen yang paling menarik perhatian adalah rim aloi dengan rekaan yang lebih sporti bersaiz 19 inci.

Penawaran ruang kabin Proton X70 SE didatangkan dengan kemasan berwarna hitam, upholsteri balutan kulit Nappa berwarna hitam yang dikontraskan dengan jahitan merah, alas lantai serta roda stereng dengan jahitan kontras putih.

 


Sama seperti model X70 sedia ada, X70 SE mengekalkan enjin 1.8 liter turbo yang menghasilkan 181 hp dan 300 Nm, serta padanan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan yang memacu roda hadapan sahaja.

Dari segi keselamatan, Proton X70 SE didatangkan dengan kelengkapan seperti enam beg udara, ABS, EBD, bantuan brek, ESC, kawalan cengkaman, bantuan mula mendaki, bantuan menurun cerun, serta keselamatan aktif seperti brek kecemasan autonomi, amaran pra-pelanggaran, amaran keluar laluan, kawalan jelajah adaptif, pemantauan titik buta, bantuan suluhan tinggi automatik, sistem pemantauan tekanan tayar dan kamera 360 darjah.

 


Harga jualan bermula dari RM123,800 dan hanya 2,000 unit sahaja yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
Pay & Go merupakan aplikasi pembayaran pintar tempatan dari Sarawak yang boleh digunakan untuk…
Berita Domestik
Ia sudah boleh ditempah di semua pusat pengedar Proton bermula 4 Julai 2023. Proton X70 Premium X…