Proton X70 sambut ulang tahun ke-4, ini 10 fakta mengenai X70

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pejam celik pejam celik Proton X70 telah berada di pasaran selama 4 tahun semenjak dilancarkan pada tahun 2018, X70 merupakan salah satu model penting yang menaikkan semula jenama Proton dalam pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sempena ulang tahun ke-4 Proton X70, ini 10 fakta yang perlu anda tahu mengenainya:

 

x70

 

  • X70 merupakan model SUV premium pertama Proton dan juga model pertama melalui hasil kerjasama dengan Geely.
  • Pada 12 Disember 2018 bertempat di Kuala Lumpur, Proton X70 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah.x70

     

  • X70 merupakan model pertama Proton yang didatangkan dengan fungsi "Hai Proton", dimana ianya mampu memberikan arahan untuk mengawal tingkap kuasa, penyaman udara, navigasi, muzik dan aplikasi cuaca.
  • Sebelum sampai ke bilik pameran, X70 telah menerima lebih dari 10,000 tempahan.
  • Sehingga akhir bulan November 2022, 82,869 unit Proton X70 telah dijual sejak ia dilancarkan, menjadikannya SUV segmen C terlaris di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.x70

     

  • Proton hasilkan kilang bernilai RM1.2 billion di Tanjung Malim untuk memasang X70, model pertama pemasangan tempatan X70 dikeluarkan pada 31 Disember 2019.
  • Proton melancarkan X70 2022 pada 9 Jun 2022 bersama tren kuasa baharu iaitu enjin 1.5 liter TGDi atau GEP3 yang turut di pasang di kilang Tanjung Malim. tgdi
  • Brunei merupakan pasaran eksport pertama Proton X70 di mana ia dilancarkan pada 29 Julai 2019.
  • Sehingga kini, Proton X70 telah dieksport ke tujuh negara iaitu Brunei, Nepal, Mesir, Bangladesh, Kenya, Pakistan dan Afrika Selatan dengan 2,919 unit jumlah eksport.
  • Selain dipasang di Malaysia, X70 turut dipasang secara tempatan di Karachi, Pakistan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…