Proton X70 rasmi dilancarkan - harga bermula dari RM99,800!

oleh Mohamad Hanif|
SUV pertama yang diimport sepenuhnya daripada China, iaitu Proton X70 sudah pun selamat dilancarkan bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, malam tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV premium dengan lima tempat duduk itu kini ditawarkan pada harga bermula dari RM99,800 untuk varian Standard 2WD sehinggalah RM123,800 untuk versi Premium 2WD. 

Didatangkan dengan satu pilihan enjin sahaja, iaitu TGDI 1.8 liter yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 184 PS dan daya kilas 285 Nm yang digandingkan dengan transmisi automatik enam kelajuan sebelum disalurkan kepada sistem pacuan 2WD atau AWD. 

Pada hemat kami, tidak perlu kami bercakap panjang mengenai spesifikasi memandangkan ia sudah pun tersebar luas beberapa bulan sebelum pelancaran rasmi yang berlangsung malam tadi. 

Spesifikasi mengikut varian boleh dibaca menerusi artikel kami di bawah. 

Spesifikasi Proton X70 - Empat varian ditawarkan, enam beg udara sebagai standard

Proton X70 - Lebih Menarik berbanding Geely Boyue itu sendiri

Sesi Pra-tonton Proton X70 - Pamer Teknologi Mobility Terhubung daripada Geely

Proton X70 - SUV moden untuk marhaen


Pada harga yang bermula dari RM99,800, varian Standard 2WD sudah pun mempunyai ciri keselamatan yang lengkap seperti:

  • 6 beg udara
  • cagak ISOFIX & top tether
  • ABS, EBD dan BA
  • Brake Hold
  • Kawalan Kestabilan Elektronik
  • Sistem Kawalan Cengkaman
  • Bantuan Mula Mendaki (HHA)
  • Kawalan Menurun Cerun (HDC)
  • Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
  • 4 sensor parkir belakang

Varian Executive 2WD menerima tambahan ciri:

  • 2 sensor parkir hadapan
  • Kamera 360 darjah

Varian Executive AWD pula menerima tambahan ciri:

  • Tyre Pressure Monitoring System

Manakala versi Premium 2WD pula tampil lengkap dengan penawaran ciri:

  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
  • Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC)
  • Amaran Penukaran Lorong (LDW)
  • Sistem Informasi Titik Buta (BLIS)
  • Sistem Amaran Pembukaan Pintu (DOW)
  • Kawalan Lampu Suluhan Tinggi Pintar (IHBC) 
 


Manakala ciri pintar sistem infotainmen yang dilengkapi dengan ciri arahan menerusi suara (voice command) pula didatangkan standard untuk kesemua varian, membolehkan rakyat Malaysia melakukan operasi yang mudah dengan hanya menyebut beberapa perkataan yang ringkas sahaja, seperti "Hi Proton, saya lapar" atau "Hi Proton, saya kepanasan!". 

Berikut merupakan senarai harga yang ditawarkan untuk kesemua varian X70 yang dijual, kesemuanya di atas jalan tanpa insurans. 

  • Proton X70 Standard 2WD - RM99,800
  • Proton X70 Executive 2WD - RM109,800
  • Proton X70 Executive AWD - RM115,800
  • Proton X70 Premium 2WD - RM123,800

 


Jika dilihat pada spesifikasi, ciri keselamatan dan harga yang ditawarkan, Proton X70 dilihat mampu untuk bersaing dengan model-model SUV segmen C yang lain seperti Mazda CX-5 dan Honda HR-V, ditambah lagi dengan pakej Xtra yang ditawarkan seperti:

  • Kos buruh servis percuma selama lima kali
  • Kadar faedah tahunan serendah 2.34%
  • Jaminan lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had
  • Plan Internet 1GB/bulan selama lima tahun

Tawaran Xtra di atas diharap mampu untuk memberikan ketenangan ekstra dan pengalaman pemilikan yang lebih menyenangkan bagi mereka yang masih sangsi dengan kebolehan sebenar kereta dari China ini, ditambah lagi dengan status EEV dan penarafan keselamatan lima bintang daripada ASEAN NCAP. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sepanjang bulan Februari yang lalu, Proton telah mencatatkan jumlah jualan sebanyak 5,283 unit…
Berita Domestik
Selepas sesi pratonton bagi ciri-ciri sambungan dan teknologinya kepada media pada 11 Oktober,…
Berita Domestik
Selain daripada elemen-elemen Malaysia yang diterapkan ke dalam SUV Geely Boyue itu, tidak…