Proton X70 mendarat di Nepal - bermula dari RM304 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pasaran Brunei dan Pakistan, Proton kini mengorak langkah baharu dengan memperkenalkan SUV X70 di pasaran Nepal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dibawa masuk secara rasmi oleh pengedar Jagdamba Motors dengan penawaran sehingga empat varian utama, iaitu Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD.

Namun tidak seperti Proton X70 di Malaysia yang didatangkan dengan enjin 1.8 liter turbo, Proton X70 spesifikasi Nepal membawakan enjin 1.5 liter turbo yang menghasilkan 177 PS dan 255 Nm, serta padanan transmisi DCT tujuh kelajuan.

 


Kelengkapan standard yang dimuatkan termasuklah rim aloi bersaiz 17 inci, lampu utama jenis projektor halogen, lampu kabus LED serta pintu tailgate berkuasa, sementara ruang kabin versi standard didatangkan dengan upholstri fabrik kulit, tempat duduk larasan manual, kemasukan tanpa kunci, sistem penapis udara, sistem pendingin hawa automatik dua zon, paparan instrumen LCD tujuh inci, serta sistem infotainmen lapan inci yang menyokong arahan suara, sambungan peranti pintar dan Bluetooth.

Sementara versi pertengahan pula mendapat rim aloi bersaiz 18 inci, lampu LED, pengelap cermin dengan penderia hujan, upholsteri kulit leatherette, cermin pandang belakang kelam automatik, lampu selamat datang, serta tempat duduk pemandu larasan enam cara dan ciri ventilasi.

Varian Premium 2WD pula mendapat rim yang lebih besar (19 inci), ciri bebas tangan untuk pintu tailgate, bumbung panorama, upholsteri kulit Nappa, sokongan tulang belakang untuk pemandu, tempat duduk penumpang hadapan dengan larasan empat cara, serta sistem audio sembilan pembesar suara yang didatangkan dengan amplifier dan subwoofer.

 


Dari segi keselamatan, X70 mendapat kelengkapan seperti enam beg udara, ABS, EBD, bantuan brek, ESC, kawalan cengkaman, kawalan menurun cerun, bantuan mula mendaki dan kamera undur.

Sementara versi pertengahan mendapat kelengkapan tambahan penderia parkir hadapan dan kamera keliling 360 darjah, manakala varian Premium 2WD pula mendapat sistem keselamatan aktif seperti brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan, kawalan jelajah adaptif, amaran keluar laluan, pemantauan titik buta dan suluhan tinggi automatik.

 


Yang pasti, harga jualan untuk Proton X70 di Nepal sememangnya mahal.

  • Standard 2WD - NPR 8.699 juta (RM304,226)
  • Executive 2WD - NPR 9.199 juta (RM321,713)
  • Executive AWD - NPR 9.699 juta (RM339,199)
  • Premium 2WD - NPR 10.499 juta (RM367,177)

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
Pay & Go merupakan aplikasi pembayaran pintar tempatan dari Sarawak yang boleh digunakan untuk…
Berita Domestik
Ia sudah boleh ditempah di semua pusat pengedar Proton bermula 4 Julai 2023. Proton X70 Premium X…