Proton X70 Edisi Merdeka - 62 unit sahaja, harga dari RM126,100

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan bulan sambutan kemerdekaan yang ke-62 Malaysia, Proton telah melancarkan SUV X70 edisi terhad yang digelar sebagai Edisi Merdeka (EM).

Menggunakan asas daripada Proton X70 varian Premium, ia hanya terhad kepada 62 unit sahaja dan penawaran dua warna iaitu Snow White atau Flame Red

 


Antara ciri perubahan kosmetik yang dibawakan termasuklah:

  • bumbung dan tiang  A diwarnakan dengan Quartz Black
  • visor pintu
  • plat pelindung di bumper belakang
  • emblem 'Merdeka Edition' 
  • alas kaki baharu
  • pelapik but belakang
  • lambang Edisi Merdeka bernombor siri

 


Menurut Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, Proton X70 Edisi Merdeka ini merupakan salah satu cara Proton meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia, dan juga tanda terima kasih atas sokongan daripada rakyat Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Diperkenalkan secara rasmi pada acara Chengdu Auto Show, ia dibangunkan berdasarkan Boyue Pro…
Model Terbaharu
Jika dibandingkan dengan varian-varian yang ditawarkan sebelum ini, Proton X70 SE ditawarkan dengan…
Berita Global
Ia dibawa masuk secara rasmi oleh pengedar Jagdamba Motors dengan penawaran sehingga empat varian…