Proton X70 disewa terbenam dalam laut

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Keseronokan pelajar warga Sudan untuk berkelah di tepi pantai bertukar menjadi 'tragedi' selepas kereta jenis Proton X70 yang disewa terbenam di Pantai Cahaya Negeri di Port Dickson pada Khamis.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas tayar kereta berkenaan tersangkut pada pasir pantai.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Mohd Ruslan Mat Kib berkata, pelajar terbabit seramai tujuh orang tiba di kawasan pantai berkenaan kira-kira jam 6 pagi hingga 7 pagi untuk berkelah.

Namun tayar kenderaan yang dinaiki tersangkut pada pasir pantai.

“Mereka kemudiannya cuba mendapatkan khidmat tunda kenderaan, namun sekitar jam 9 pagi air laut pasang hingga menyebabkan kenderaan yang disewa mereka masuk ke dalam laut,” katanya.

Pihak polis menerima maklumat kejadian pada jam 10.30 pagi selepas ia tular di media sosial.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati kenderaan utiliti sukan (SUV) terbabit telah pun dibawa keluar.

“Hasil temu bual dengan pelajar berkenaan, mereka datang ke situ untuk berkelah sambil barbeku sempena cuti Aidilfitri,” katanya.

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kini perubahan besar dapat dilihat dibuat pada reka bentuk rupa hadapan yang lebih dinamik dan…
Model Terbaharu
SUV Proton X70 2025 versi terkini menampilkan bahagian luar yang diperbaharui dengan ketara serta…
Kereta
Setelah empat tahun berlalu, kami di Careta telah meminjam sebuah Proton X70 varian 1.8 TGDI…