Menurut laporan daripada Funtasticko, X70 MC1 itu dijangka akan dilancarkan pada Ogos nanti membawakan perubahan dari segi reka bentuk, berkemungkinan besar menyamai rekaan muka hadapan Boyue PRO.
Selain daripada itu, SUV kegemaran ramai ini juga turut membawakan enjin 1.5 liter TGDI tiga silinder sebaris yang akan digandingkan dengan transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan.
Namun, rakan pembaca Careta baru-baru ini menemukan sebuah lori pengangkut yang sarat membawa muatan X70 dengan penampilan warna Ocean Blue - warna yang sama didatangkan pada adiknya X50.
Rekaan rim juga tampak lebih sporti jika dibandingkan dengan X70 versi standard.
Namun sedikit aneh apabila muka hadapan X70 tersebut masih lagi membawakan muka lama dan bukannya muka baharu seperti yang dilaporkan.
Kami menjangkakan unit X70 dengan warna dan rim baharu ini merupakan versi edisi khas (Special Edition) yang turut menampilkan warna Passion Red seperti yang dilaporkan oleh rakan media Carlist, sebelum Proton melancarkan versi kemaskini X70 MC1 yang dijangka pada Ogos ini.
Persoalannya, bilakah Proton akan melancarkan versi SE ini?