Proton X70 catat 20,000 tempahan sejak dilancarkan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang bulan Februari yang lalu, Proton telah mencatatkan jumlah jualan sebanyak 5,283 unit kenderaan, kenaikan sebanyak 3% berbanding bulan yang sama tahun lalu. 

Dalam bulan yang sama, Proton X70 terus menyumbang kepada pertumbuhan kadar jualan, dengan 2,823 unit didaftarkan, termasuklah 1,000 unit yang diedarkan ke seluruh negara sempena Tahun Baru Cina. 

Sehingga akhir bulan Februari, lebih daripada 20,000 unit tempahan diterima oleh Proton, melebihi jangkaan asal yang ditetapkan oleh syarikat tersebut. 

Proton X70 dilancarkan pada penghujung tahun lalu dan sehingga kini, Proton telah mencatatkan jumlah sebanyak 6,927 unit SUV yang telah didaftarkan. 

Menurut Dr. Li Chunrong, CEO Proton berkata, dengan rekod baharu pendaftaran SUV dipecahkan oleh X70, ia merupakan salah satu pencapaian yang memberangsangkan walaupun ia dilancarkan lewat tahun lalu. 

Proton amat yakin dengan prestasi yang dipertunjukkan, mereka mampu untuk memenuhi jumlah pendaftaran bagi tempoh enam bulan dan sepanjang tahun.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
Pay & Go merupakan aplikasi pembayaran pintar tempatan dari Sarawak yang boleh digunakan untuk…
Berita Domestik
Ia sudah boleh ditempah di semua pusat pengedar Proton bermula 4 Julai 2023. Proton X70 Premium X…