Proton X70 2022 (MC) dilancarkan, 5 varian termasuk AWD dengan enjin baru 1.5L TGDi

oleh SALINA JALIL|
Proton melancarkan Proton X70 2022 yang menawarkan enjin suntikan terus 1.5L TGDi, yang merupakan alternatif kompak baharu kepada enjin 1.8L TDGi yang biasa.


“Proton bangga memperkenalkan Proton X70 2022, model yang mengekalkan kedudukannya sebagai SUV segmen C terlaris sejak dilancarkan. Lebih 70,000 unit telah pun terjual dan hari ini, kami telah mengemaskini penggayaan dan enjin 1.5L TGDi untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada bakal pembeli.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, "ia menjanjikan tahap prestasi yang sama dengan varian 1.8L TGDi di samping peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan api yang dapat memenuhi keinginan pelanggan untuk memiliki sebuah SUV yang  menyerlah dalam prestasi, ciri dan tarikan estetik, tetapi juga mampu dimiliki dan dikendalikan.’ 

 

enjin

 

Dikemaskini dengan teknologi dan inovasi enjin terkini, enjin 1.5L TGDi telah dikaji selama lima tahun dan melibatkan lebih dari 100 pakar utama dalam kerjasama global dan menjalani ujian lebih 12 juta kilometer dalam keadaan dan iklim yang paling ekstrem dan tertekan. 

 

 

Enjin yang diuji telah merekodkan lebih 750,000 unit di jalan raya di seluruh dunia dan boleh didapati di 22 negara dengan cuaca dan keadaan jalan raya yang pelbagai.


Enjin 1.5L TGDi (sama seperti yang digunapakai di X50 varian Flagship) menghasilkan kuasa maksimum 177PS dan daya kilas 255Nm, pada 1500rpm. 


Berbanding dengan enjin 1.8L TGDi, terdapat pengurangan 7 peratus dalam penggunaan bahan api pada kitaran bandar. 

 

Varian AWD juga dihadirkan kembali berdasarkan permintaan dan telah ditambah baik
pengendalian mengikut keadaan jalan yang berbeza-beza.


Enjin 1.5L TGDi ini dibina di Tanjung Malim, di barisan pengeluaran baharu yang memenuhi piawaian kualiti yang ketat yang mandatori bagi salah satu enjin pemasangan tempatan.


Pemasangan tempatan enjin 1.5L TGDi mempamerkan komitmen Proton terhadap penyelidikan dan pembangunan automotif bagi generasi akan datang. Kami berazam untuk mengembangkan laluan kami ke ekonomi IR4.0, dan ini hanyalah satu kejayaan dalam pelan hala tuju teknologi kami,” tambah Roslan Abdullah.

 

 

Selain daripada enjin, Proton X70 2022 juga diberikan perubahan kosmetik dari segi warna yang merangkumi kemasan hitam kuarza pada bampar hadapan dan belakang.


Roda aloi 19 inci baharu, pintu belakang berkuasa dengan sensor kaki dan tempat duduk kulit Nappa dengan lapisan utama hitam baharu. 

 


Proton X70 2022 turut diberikan Sistem Penulenan Udara Pintar (P-IAPS) – gabungan penapis kabin N95 (digabungkan ke dalam penghawa dingin) dan sistem penulenan udara, berfungsi dua kali lebih cekap untuk meningkatkan kualiti udara dalam kabin.

 

Voice command "Hi Proton" masih dikekalkan. Selain itu, Proton Link untuk memantau status  kenderaan dan membenarkan kawalan jauh bagi fungsi-fungsi tertentu. 

 

Terdapat sembilan pembesar suara dengan penguat kuasa dan subwufer serta enam port USB turut disertakan.


Ciri-ciri keselamatan pula, X70 2022 ini mendapat penarafan ASEAN NCAP 5 bintang serta enam beg udara SRS, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Sistem Pemantauan Tekan Tayar (TPMS), dan kamera 360 dengan paparan 3D.


Terdapat enam pilihan warna luaran untuk Proton X70 2022, Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red, Cinnamon Brown dan Space Grey.

 

Harga atas jalan tanpa insuran* adalah seperti berikut:

 

mc 70

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…