Proton X50 terbabas sebelum sempat sampai ke tangan pelanggan - pemandu terselamat

oleh Mohamad Hanif|
Semalam, tular di media sosial berkenaan kemalangan melibatkan sebuah Proton X50 yang dikatakan dalam perjalanan untuk diserahkan kepada pelanggan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam hantaran daripada Facebook milik Puteri TopSales, beliau merupakan bekas penasihat jualan di sebuah cawangan pengedar Proton dan Proton X50 yang terbabas itu merupakan milik pelanggan yang pernah berurusan dengannya sejak bulan April, tahun lalu.

Menurut Puteri, kereta itu telah didaftarkan pada 1 Mac 2021 dan ia sepatutnya diserahkan pada tarikh 6 Mac yang lalu, namun disebabkan tidak lagi bekerja sebagai penasihat jualan di cawangan tersebut, urusan penyerahan tersebut tidak dibenarkan secara bersendirian dan perlu ditemani oleh penasihat jualan bertauliah yang lain.

Namun apa yang dirancang tidak seperti yang diharapkan, kereta tersebut tidak muncul tiba dan lebih malang lagi apabila kereta tersebut dilaporkan terbabas di sebatang jalan di sekitar Segamat.

Berdasarkan gambar yang diberikan, Proton X50 itu mengalami kerosakan yang agak teruk, dan mujur pemandu tersebut terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Cerita penuh boleh dibaca pada pautan di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati, kereta yang terlibat adalah Proton X50, namun nombor pendaftaran tidak…
Informasi
  Penawaran SUV juga mengubah pandangan dan penerimaan pengguna terhadap jenama nasional itu.…
Berita Domestik
Angka pada bulan September itu menyumbang kepada jualan tahun sehingga kini (YTD) untuk tahun  2023…