PROTON X50 SERBA BAHARU TERIMA 5,000 TEMPAHAN DALAM TEMPOH 10 HARI

oleh Qalif Latif|
Pelancaran awal model SUV segmen-B PROTON X50 Serba Baharu nyata mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia. Dalam tempoh hanya 10 hari selepas tempahan mula dibuka pada 5 Julai lalu, sebanyak 5,000 tempahan telah diterima di seluruh negara.

Menurut Proton Edar, separuh daripada tempahan yang diterima melibatkan varian tertinggi Flagship, yang hadir dengan ciri paling lengkap termasuk enjin 1.5 TGDi dan sistem transmisi DCT 7-kelajuan. Model ini menawarkan kuasa 181hp dan tork 290Nm, dengan penggunaan bahan api sekitar 7.6 saat dari 0-100km/j dan kecekapan bahan api 4.7%.

X50

Untuk menarik minat pelanggan membuat tempahan awal, PROTON turut menawarkan Pakej “READY TO ROAR” yang merangkumi rebat tunai RM1,000, kad Touch ’n Go edisi khas, serta tawaran eksklusif GEMPAK! yang akan diumumkan semasa majlis pelancaran rasmi pada 24 Julai nanti.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Zhang Qiang, “Respon luar biasa yang kami terima untuk PROTON X50 Serba Baharu ini jelas menunjukkan betapa model ini dekat di hati rakyat Malaysia. Kami amat berbesar hati menerima 5,000 tempahan dalam hanya 10 hari.”

Tambah beliau lagi, pelanggan yang mendaftar ujian pandu boleh mula menguji X50 Serba Baharu di semua cawangan PROTON seluruh negara bermula 19 Julai. Proton juga menyasarkan untuk memulakan penghantaran kepada pelanggan sebaik pelancaran rasmi dan menyasarkan sekurang-kurangnya 5,000 unit dihantar menjelang akhir Ogos.

Acuan Gaya Hidup Terkini, Teknologi dan Rekaan Lebih Maju

Proton turut mengumumkan bahawa X50 Serba Baharu akan dipamerkan semasa acara Gaya Hidup Aku, yang akan diadakan pada 24 Julai. Acara ini akan menampilkan teknologi ADAS Tahap 2 yang dipertingkatkan, serta menonjolkan aspek gaya hidup moden yang dibawa oleh SUV ini.

Selain itu, lagu tema khas bertajuk “All-New PROTON X50 Ready” turut diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kempen pelancaran, menampilkan semangat progresif jenama ini menjelang pelancaran besar-besaran.

X50

10,000 Slot Tempahan Awal Disediakan – Pelanggan Disaran Tempah Segera

Dengan 5,000 tempahan telah diterima, hanya baki 5,000 slot insentif awal masih ditawarkan untuk pelanggan baharu. Mereka yang berminat disaran membuat tempahan segera bagi menikmati manfaat eksklusif sebelum pelancaran rasmi berlangsung.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran minat, pelanggan boleh melayari laman rasmi www.proton.com atau ikuti Proton Cars Official di semua platform media sosial untuk promosi dan info terkini.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Prestasi itu menjadikan jumlah jualan terkumpul bagi tujuh bulan pertama tahun ini mencecah 118,788…
Berita Domestik
"Kita masih menunggu siasatan, saya tidak boleh komen dahulu. Saya tidak mahu membuat kesimpulan…
Berita Domestik
Prestasi jualan terus kukuh masuk 2026 Momentum jualan model ini kekal kuat apabila sebanyak 4,271…