Sedikit fakta menarik mengenai Proton X50, ia merupakan antara model terlaris dalam pasaran dan kurang dari empat tahun sahaja sejak pengenalannya, X50 berjaya dijual sebanyak lebih 110,000 unit di 12 negara pemanduan sebelah kanan (RHD).
Untuk versi 2024, tiada perubahan ketara dari segi reka bentuk, ia masih menampilkan sebuah SUV segmen-B dengan bentuk sporty elegan dari depan hingga belakang, yang semestinya menjadi tarikan bagi pembeli.
Bagi trenkuasa ia masih kekal sama menggunakan enjin 1.5 liter TGDI yang beri prestasi menarik serta efisien pada pemanduan dengan kuasa output sehingga 177Ps dan 255Nm tork.
Ia dipadankan dengan kotak gear transmisi tujuh kelajuan Dual Clutch Transmission (DCT) yang lebih lembut sewaktu penukaran gear serta pantas yang membolehkan X50 ini memecut dari 0-100kmj dibawah 8 saat.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa penambahbaikan teknikal yang bertujuan memberi pengalaman pemanduan lebih menarik pada pengguna.
Antara yang dilakukan dan boleh dilihat pada X50 2024 ini adalah Proton menambahbaikan pada sistem infotainmen bersaiz 10.3 inci mereka dengan menampilkan sistem procesor quad-core baharu yang lebih responsif.
Paparan infotainmen itu juga menampilkan ciri keselamatan yang diperbaharui oleh PROTON iaitu kamera 360-darjah yang kini lebih berdefinisi tinggi dan jelas serta paparan langsung 3D.
Tambahan itu, ia turut diberi ciri teknologi kesambungan PROTON Link App untuk pengguna menghidupkan enjin kereta serta mengakses penghawa dingin melalui kawalan telefon pintar sahaja.
Selain itu, untuk beri pengalaman pemanduan yang lebih selesa, PROTON turut menambahbaik dengan lebih 20 posisi NVH (Noise, Vibration dan Harshness) baharu diletakkan di dalam X50 2024 ini.
Dengan penambaikan pakej NVH tersebut, ia pasti mengurangkan bunyi di dalam kabin yang lebih senyap dan nyaman semasa memandu X50 2024 ini.
Apa yang lebih menarik, untuk versi kali ini, bagi varian Premium dan Flagship, X50 2024 sudah dilengkapi dengan power tailgate.
Untuk ciri keselamatan pemanduan, ia hadir dengan teknologi ADAS seperti AEB (Automatic Emergency Brake), FCW (Forward Collision Warning), adaptive cruise control, intelligent cruise control, lane departure warning, lane keep assist.
PROTON X50 2024 masih menawarkan pilihan warna yang sama, iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue dan Passion Red.
Sebagai Pakej Standard, ia didatangkan dengan pakej seperti;
- -Lima tahun jaminan tanpa had perbatuan
- -Enam kali servis tanpa labour fee
- -Lima tahun pakej data 1GB/Sebulan
- -Pembiayaan kadar faedah dari 2.28%
- -Program insurans PROTON
Harga bagi PROTON X50 2024 versi dipertingkatkan ini bermula dari;
- -1.5T Standard - RM86,300
- -1.5T Executive - RM93,300
- -1.5T Premium - RM101,800
- -1.5T Flagship - RM113,300
PROTON juga menawarkan pakej ‘Early Bird’ bernilai RM14,500 kepada 5,000 tempahan awal sebelum 31 Julai 2024 bagi model X50 2024 ini, antara yang ditawarkan adalah;
- -Diskaun RM7,000
- -Sokongan trade-in RM1,500
- -Ciri nilai tambahan sehingga RM6,000