Proton X50 2020 - Empat varian, yuran tempahan serendah RM500

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat Proton kini boleh menarik nafas lega apabila Proton secara rasminya memperlihatkan pendatang baharu SUV segmen B, Proton X50 tanpa sebarang pelekat samaran dalam satu acara yang diadakan di Tanjung Malim, siang tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang kita sedia maklum, Proton X50 merupakan versi pemanduan kanan kepada Geely Coolray yang muncul di pasaran Filipina tahun lalu, dan difahamkan menggunakan 40 peratus komponen tempatan, dan membawakan penawaran tambahan yang lebih menarik.

Selain daripada itu, Proton juga dikatakan menyumbang sedikit kepakarannya dalam memastikan tahap pemanduan dan pengendaliannya masih bercirikan sebuah Proton.

Unit enjin yang digunakan adalah enjin tiga silinder sebaris 1.5 liter turbo TGDi yang menghasilkan 177 hp dan 255 Nm, memacu roda hadapan menerusi transmisi klac berkembar (DCT) tujuh nisbah kelajuan.

 


Dari segi prestasi, ia mampu memecut sepantas 7.9 saat dari 0-100 km/j dan mampu memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 6.1 liter/100 km.

Namun, selain daripada enjin TGDi itu tadi, terdapat juga nadi 1.5 liter turbo yang ditawarkan untuk tiga varian terendah yang menghasilkan kuasa 148 hp dan 226 Nm, serta padanan transmisi DCT.

 


Berdasarkan prebiu yang dihadiri semalam, varian paling sporti Proton X50 hadir dengan kelengkapan seperti lampu utama LED, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED, lampu belakang LED, rel bumbung, spoiler bumbung, serta set roda aloi bersaiz 18 inci dengan tayar 215/55 R 18, serta kit badan yang agresif.

Manakala ruang dalaman pula menampilkan skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci dengan sistem operasi GKUI 19 dan boleh diaktifkan dengan kata sapaan 'Hai Proton', serta kehadiran corong pendingin hawa dan slot pengecasan USB untuk penumpang baris kedua - satu ciri yang tidak didapati pada Geely Coolray Filipina.

Tiga mod pemanduan ditawarkan iaitu normal, Eco dan Sport, serta butang fungsi yang memberikan akses kepada ciri Bantuan Parkir Automatik (APA) pada konsol tengah. 

Berikut merupakan spesifikasi ringkas setiap varian yang ditawarkan oleh Proton X50:

 


1.5T Standard
-enjin tiga silinder sebaris turbo 1.5 liter, 148 hp/226 Nm
-transmisi klac berkembar (DCT) tujuh nisbah kelajuan
-4 beg udara SRS
-lampu LED penuh
-rim aloi 17 inci
-tempat duduk fabrik
-corong pendingin hawa baris kedua dengan slot pengecasan USB
-sistem infotainmen 8 inci, GKUI 19
-kamera undur

1.5T Executive (tambahan kepada spesifikasi di atas)
-enam beg udara SRS
-roda stereng balutan kulit
-lampu utama LED automatik
-lampu kabus LED
-tempat duduk leatherette

1.5T Premium (Tambahan kepada spesifikasi di atas)
-sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS)
-rim aloi 18 inci
-tempat duduk pemandu boleh laras berkuasa elektrik
-skrin infotainmen 10.25 inci, GKUI 19
-kamera keliling 360 darjah

1.5 TGDi Flagship (tambahan kepada spesifikasi di atas)
-enjin 1.5 liter TGDi (177 hp/255 Nm)
-Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS 2.0)
-penampilan luaran dua tona, bumbung warna hitam
-bumbung suria panoramik

 


Terdapat enam warna ditawarkan untuk Proton X50 termasuklah Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue, Citric Orange, dan Passion Red.

Tempahan untuk Proton X50 akan dibuka bermula 16 September dengan yuran serendah RM500, manakala previu akan dibuka kepada umum bermula 19 September ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati, kereta yang terlibat adalah Proton X50, namun nombor pendaftaran tidak…
Informasi
  Penawaran SUV juga mengubah pandangan dan penerimaan pengguna terhadap jenama nasional itu.…
Berita Domestik
Angka pada bulan September itu menyumbang kepada jualan tahun sehingga kini (YTD) untuk tahun  2023…