Namun, bermula pada 17 Oktober ini, pihak Proton bakal menambah satu lagi medium bagi memudahkan orang ramai mendaftarkan minat mereka tanpa perlu mengunjungi pusat pameran Proton.
Sebuah laman web khas untuk Proton X70 akan dilancarkan pada 17 Oktober ini dan bakal memaparkan kesemua varian SUV X70 yang bakal dijual di pasaran Malaysia termasuklah spesifikasi ringkas untuk setiap varian.
Menerusi laman web ini, para pembeli yang berminat akan disajikan dengan informasi varian yang ditawarkan dan seterusnya pada fasa tempahan, mereka boleh memilih varian SUV yang mereka kehendaki, sehinggalah kepada warna pilihan sebelum membuat bayaran tempahan juga menerusi dalam talian.
Menurut Dr Li Chunrong, CEO Proton, laman web ini bertujuan untuk mengenalpasti trend permintaan di kalangan rakyat Malaysia, seterusnya memberikan info kepada Proton untuk merancang bilangan produksi untuk setiap varian dengan lebih berkesan sehinggalah kepada fasa pengedaran kenderaan kepada para pelanggan tanpa perlu menunggu dengan lebih lama.
Nantikan pengumuman Proton pada 17 Oktober ini.