Proton Wira lawan arus di Lebuh Raya Persekutuan!

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar
Sejak kebelakangan ini sering kali isu lawan arus 'disajikan' di media sosial, terbaharu adalah tindakan pemandu kereta jenis Proton Wira bertindak 'berani mati' memandu lawan arus di lorong bertentangan, di Lebuh Raya Persekutuan awal pagi Selasa.


Menerusi video yang dimuat naik di akaun Twitter Jabatan Netizen Malaysia, difahamkan kejadian berlaku sekitar pukul 3.50 pagi tadi di Jalan Sunway menghala ke Jalan Klang Lama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kelihatan di dalam video tersebut, kereta berkenaan masih memandu dengan laju walaupun telah dihon berkali-kali oleh kenderaan lain di jalan raya.

 

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 60,000 tontonan, dan 116 tanda suka.

 

Di ruangan komen pula ramai yang mengecam tindakan merbahaya aksi melawan arus tersebut kerana boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya serta meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain.

 

- semoga si pelaku ditangkap dan diberikan hukuman yang berat sebagai peringatan kepada pemandu di luar sana jangan bertindak tanpa akal fikiran -

 

Video tersebut boleh disaksikan di sini: https://twitter.com/i/status/1622811865612181504

 

Twitter

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan dijalankan mendapati kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu berlaku ketika anggota…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, berkata siasatan awal mendapati…
Berita Domestik
"Semasa tangkapan dibuat, pemandu Proton Wira itu tidak mengalami kecederaan selepas terlibat…