Untuk tahun lalu, sebanyak 353 unit Proton Wira dilaporkan dicuri, diikuti oleh Proton Iswara (273 unit) dan trak pikap Toyota Hilux (209 unit).
Kenderaan paling laris Perodua, Myvi juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa kecurian dengan jumlah 131 unit, tidak jauh jika dibandingkan dengan abang sulungnya Perodua Kancil (114 unit), diikuti oleh Proton Saga (110 unit), Proton Waja (85 unit), Honda Civic (85 unit), Honda City (75 unit) dan Toyota Vellfire (60 unit).
Menurut VTREC, sebanyak 7,400 unit kenderaan menjadi mangsa kecurian dengan penurunan kes sebanyak 37 peratus berbanding 11,675 unit kenderaan pada tahun 2019.
Selangor mencatatkan jumlah kes kecurian yang paling tinggi untuk tahun 2020, iaitu 2,332 unit diikuti Kuala Lumpur (1,572 unit), Johor (1,006 unit), Kedah (495 unit) dan Sarawark (454 unit).