Proton Wira, Iswara model paling kerap dicuri untuk tahun 2019

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Walaupun sudah lama dihentikan pengeluarannya, namun dua buah model sedan dari Proton ini nampaknya masih lagi menjadi pilihan para pencuri. 

Proton Wira dan Proton Iswara, kedua-duanya menduduki tangga teratas bagi 10 buah kenderaan paling kerap dicuri bagi tahun 2019.

Sebanyak 127 unit Proton Wira dan 82 unit Proton Iswara dilaporkan telah hilang daripada Januari hingga Jun 2019, manakala tempat ketiga pula jatuh kepada Perodua Kancil (70 unit). 

Manakala bagi segmen kereta bukan nasional pula, trak pikap Toyota Hilux masih lagi menjadi pilihan pencuri untuk dilarikan dengan 52 unit dilaporkan dicuri pada tahun ini. 

Penguasaan kereta nasional diteruskan dengan Perodua Myvi (49 unit), Proton Waja (41 unit) serta Proton Saga dengan 40 unit menjadi mangsa kecurian. 

Populariti Nissan Vannette nampaknya lebih mengatasi sedan Honda  apabila dilaporkan 36 unit telah berjaya dilarikan berbanding Civic (28 unit) dan City (24 unit). 

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata,…
Berita Domestik
“Pembelian akan dibuat berdasarkan beberapa penilaian, antaranya ketersediaan alat ganti dan jenama…
Berita Domestik
Kenderaan itu dalam perjalanan ke arah selatan dipercayai terbabas dan merempuh penghadang jalan.…