Proton ubah servis gantian talisawat agar kos pembaikan 100,000 km nampak murah

oleh Mohamad Hanif|
Proton Saga dan Perodua Bezza.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Kedua-duanya merupakan model sedan empat pintu yang paling murah ada di pasaran, dengan Proton Saga bermula dari RM32,800 manakala pesaingnya pula bermula dari RM34,580 - atas jalan tanpa insurans.

Namun, dari segi penyelenggaraan, yang mana satu lebih murah?

Untuk memudahkan cara, kami merujuk kepada harga yang disediakan oleh kedua-dua pengeluar menerusi data yang diperoleh daripada aplikasi MyProton serta laman web rasmi Perodua untuk Saga 1.3L dan Bezza 1.3L.

 


Berdasarkan harga yang dipaparkan, adalah mudah untuk kita bandingkan bahawa kos penyelenggaraan Saga sepanjang lima tahun/100,000 kilometer ternyata lebih murah RM140 berbanding Bezza.

Pemilik Perodua Bezza perlu membayar kos RM3,149 manakala pemilik Saga pula hanya perlu membayar harga yang sedikit murah, iaitu RM3,008.

Namun, adalah benar harga tersebut seperti yang dipamerkan?

Ini kerana, berdasarkan semakan terperinci kos penggantian tali sawat Proton Saga berjumlah RM633.85 telah dialihkan daripada jadual servis berkala 5 tahun/100,000 km kepada 66 bulan/110,000 km.

Tambahan pula, kerja-kerja opsyen seperti penjajaran dan penyeimbangan tayar, flush sistem brek, serta servis pendingin hawa telah dikeluarkan daripada senarai, serta tidak dinyatakan kosnya atas sebab-sebab tertentu.

 


Sementara kos servis Perodua Bezza pula mungkin dilihat tinggi jika dimasukkan sekali item opsyen yang diklasifikasikan di bawah Pakej Pro Care, namun harga untuk setiap item tersebut dipaparkan secara telus oleh Perodua tanpa berselindung.

Pelanggan boleh memilih untuk tidak memilih item berkenaan, namun mereka amat digalakkan untuk mengambil pakej tersebut untuk memastikan kondisi kenderaan terpelihara.

Harga yang dipamerkan juga boleh dikatakan sebagai rujukan semata-mata kerana penggunaan alat ganti adalah berbeza mengikut setiap pusat servis yang dipamerkan.

Sesetengah pusat servis menggunakan jenis minyak pelincir yang berbeza berbanding apa yang dipaparkan di dalam aplikasi, manakala penggunaan palam pencucuh jenis Iridium mungkin sedikit mahal, akan tetapi mempunyai jangka hayat yang lebih lama.

 


Dari segi kos insurans pula, kadar yang ditawarkan untuk Proton Saga dan Bezza adalah seperti berikut:

    Proton Saga 1.3 Standard MT: RM 1,072
    Proton Saga 1.3 Standard AT: RM 1,130
    Proton Saga 1.3 Premium AT: RM 1,208
    Perodua Bezza 1.0 G MT: RM 1,082
    Perodua Bezza 1.0 G A: RM 1,106
    Perodua Bezza 1.3 X AT: RM 1,373
    Perodua Bezza 1.3 AV AT: RM 1,510

Harus diingatkan, harga insurans tersebut adalah berdasarkan andaian pemandu mempunyai sifar NCD, sifar muatan dan tidak termasuk kos tambahan seperti perlindungan cermin hadapan atau bencana banjir.

Atas jalan, Proton Saga mungkin dilihat murah untuk dimiliki jika dibandingkan dengan Perodua Bezza, namun ia diimbangkan kembali dengan kos penyelenggaraan yang sedikit tinggi sepanjang pemilikan.

Ia juga tidak termasuk dengan kos-kos berkaitan seperti penggunaan bahan api, kos penggantian barang pakai lusuh seperti pad brek, tayar, bateri serta bergantung kepada cara pemilikan yang tersendiri.


Kredit: Wapcar

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengguna laman media sosial Reddit (Stock-Exchange1761) mendedahkan EV Polestar 2 itu sekadar…
Berita Global
Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih…
Berita Global
Seorang pemilik Tesla Model S yang juga pemilik saluran YouTube Pommijätkät bertindak mengebom…