Proton tunda pelancaran model baru, mahu fokus tempahan tertangguh, alat ganti

oleh Mohamad Hanif|
Masalah tempahan yang tertunda, serta krisis kekurangan alat ganti membuatkan pengeluar automotif negara Proton dijangka menunda segala pelancaran model baharu ke tahun depan.

Menurut laporan daripada The Edge, Proton mahu memenuhi permintaan pelanggan yang masih lagi tertunda, selain menyelesaikan masalah berkenaan rantaian bekalan komponen.

Difahamkan, Proton kini sudah pun memperoleh bekalan cip semikonduktor yang mencukupi bagi memenuhi tempahan sedia ada.

Antara model yang dijangka pelancarannya pada tahun ini termasuklah Saga versi facelift ringan, serta model serba baharu SUV tujuh tempat duduk yang diasaskan daripada Geely Okavango, iaitu Proton X90.

Sumber: The Edge

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain menerapkan teknologi mesra alam dengan dilengkapi sistem solar, pusat 3S baharu itu juga…
Berita Domestik
Ia sekaligus membuka peluang untuk PRO-NET selaku pengedar dan pengimport rasmi jenama smart di…
Pelancaran
Pelancaran model SUV baharu, Proton X90 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar…