Proton terus catat peningkatan jualan, 13,326 unit terjual pada bulan Julai

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Berikutan kejayaan jualan sepanjang enam bulan pertama 2023, Proton terus mencatatkan peningkatan jualan pada bulan Julai dengan 13,326 unit (domestik+eksport) terjual.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Angka itu menunjukkan peningkatan 16.1 peratus berbanding pada bulan yang sama tahun 2022, di mana ia membantu jumlah jualan tahun ini berada pada angka 90,647 unit.

Jumlah volum industri (TIV) dianggarkan sebanyak 64,864 unit untuk bulan Julai, bersamaan dengan peningkatan 29.9 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun 2022 dan melonjakkan angka YTD sebanyak 12.9% berbanding tempoh sama tahun lepas.

 

2

 

Untuk bulan Julai, hampir semua model Proton berjaya mencatat jualan terbaik dan untuk 5 model terbaik secara keseluruhan, Proton Saga masih kekal sebagai model paling laris dengan 5,946 unit terjual.

Ia diikuti oleh Proton X50 yang kekal sebagai SUV segmen B paling laris di pasaran dengan 2,630 unit terjual, Proton Persona (1,953 unit) menjadi sedan segmen B paling laris, Proton X90 (886 unit) kini menjadi SUV segmen D paling laris, dan Proton X70 (881 unit).

Proton Exora selaku model paling tua turut kekal mencatatkan jualan baik dengan 374 unit terjual, di mana ianya kekal sebagai MPV segmen C paling laris di pasaran, manakala Proton Iriz kekal di tangga keempat hatchback segmen B dengan 676 unit.

 

3

 

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, “Jualan automotif di Malaysia terus kukuh bagi tahun 2023 tanpa penurunan dalam permintaan dalam empat bulan selepas tamat tempoh penghantaran kereta di bawah skim insentif PENJANA."

"Terdapat banyak pengenalan model baharu pada tahun ini dan ini bersama-sama dengan pengumuman berprofil tinggi yang dibuat di ruang Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) serta sokongan kerajaan untuk menarik OEM baharu ke negara ini telah mengekalkan minat yang tinggi di kalangan pembeli."

“PROTON sudah tentu memainkan peranan dalam peningkatan TIV. Dari segi peratusan, pertumbuhan jualan kami adalah lebih daripada dua kali ganda daripada industri setakat ini dan ini boleh dikaitkan dengan pembeli kereta yang tertarik dengan teknologi, kualiti, keselamatan dan nilai yang ditawarkan oleh barisan model kami."

"Dengan Proton X90 yang sudah pun mendahului kelasnya selepas hanya 3 bulan, model baharu yang akan dilancarkan dan kemasukan syarikat ke pasaran EV pada tahun 2023 melalui smart Malaysia, kami yakin dapat mencapai sasaran akhir tahun kami.”

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…