Proton terima lebih 5,000 tempahan untuk X70!

oleh Mohamad Hanif|
Model baru SUV PROTON Holdings Bhd X70 telah menerima lebih daripada 5,000 tempahan dalam masa kurang dari seminggu selepas pratonton media istimewa pada Sabtu lepas.

Beberapa orang pengedar memberitahu The Malaysian Reserve bahawa kebanyakan pelanggan tertarik dengan teknologi dan reka bentuk SUV lima tempat duduk, yang dikhabarkan berharga antara RM80,000 dan RM130,00.

“Sesetengah daripada mereka sangat yakin bahawa SUV tersebut berbaloi dengan setiap wang yang dilaburkan. Malah, mereka turut meminta perincian berhubung spesifikasi premium yang ditawarkan seperti kawalan pemanduan adaptif.

“Ciri ini agak mahal untuk jenama lain,” kata peniaga itu.

Sistem ini dikenali sebagai Autonomous Cruise Control mampu menyesuaikan kelajuan SUV sepenuhnya untuk mengekalkan jarak yang selamat dengan kenderaan di hadapan.

Tambah mereka lagi, Proton akan mengumumkan jumlah tempahan rasmi sebaik sahaja ia mencapai 10,000 unit, iaitu jumlah sasaran syarikat pada peringkat ini.

Walau bagaimanapun, Proton telah menafikan dakwaan harga jualan tersebut menerusi kenyataan yang dibuat pada laman rasmi Facebook Proton Cars.

Tags

Add new comment

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Laman web SoyaCincau menghubungi Netflix untuk bertanyakan kepada pengarah filem tersebut, Sam…
Berita Domestik
Namun, rakan media Top Gear Malaysia melaporkan jenama tersebut bakal kembali ke pasaran Malaysia…
Berita Domestik
Difahamkan, terdapat perancangan untuk menjual sesetengah pengedar di bawah Proton Edar Sdn Bhd…