Proton tawar diskaun alat ganti 50% - X50 dan X70 tidak terbabit

oleh HEZERI SAMSURI|
Selepas perbincangan dengan pihak kerajaan, Proton nampaknya telah menaikkan bantuan kepada pemilik-pemilik kenderaan jenama tersebut. Diskaun alat ganti dinaikkan dari 20 kepada 50 peratus dan servis tunda serta pembersihan luar dan ruang enjin diberikan percuma.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, tawaran diskaun 50 peratus untuk alat ganti hanya ditawarkan untuk alat ganti terpilih dan tidak termasuk model-model "rebadged" Geely, iaitu X50 dan X70.

Namun begitu, Proton tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik dan diskaun alat ganti untuk kedua model asing itu dinaikan dari 20 kepada 25 peratus.

Diskaun 25 peratus untuk caj buruh juga ditawarkan untuk semua model Proton.

Bagi mereka yang mengambil Program Insurans Proton (PIP), mereka layak menerima bayaran bantuan banjir sebanyak RM1,000.

Semua pemilik Proton boleh berhubung dengan mana-mana pusat servis Proton untuk lebih informasi.

Tindakan Proton ini ialah selepas Perdana Menteri mengumumkan Perodua akan memberikan tawaran diskaun 50 peratus bagi alat ganti untuk semua model jenama itu bagi membantu mereka yang terkesan dengan banjir.

Menurut seorang pemerhati industri, beliau percaya Proton tidak boleh memberikan diskaun untuk dua model Geely itu kerana masalah kebanyakan komponen masih dibawa masuk dari luar dan vendor-vendor itu tidak mahu berganjak dari jumlah yang telah ditetapkan.

Perodua pula yang mempunyai peratusan komponen tempatan sehingga 96 peratus mempunyai sistem dan proses vendor yang lebih tersusun dan lebih telus, memudahkan urusan penurunan harga melalui pemotongan cukai dari kerajaan boleh dilakukan bagi membantu mengurangkan kos pembaikan.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…